Jennifer Aniston |
DI sebalik usianya yang hampir mencecah 50-an, pelakon terkenal, Jennifer Aniston telah dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik Dunia untuk tahun ini.
Jennifer menerima pengiktirafan itu daripada majalah People yang mewujudkan gelaran tahunan tersebut.
Aktres itu ternyata begitu terharu dengan penganugerahan tersebut selain menyebut Gloria Steinem, Laura Hutton dan Brigitte Bardot sebagai ikon kecantikan buat dirinya.
Menurut Jennifer yang terkenal dengan karakter Rachel dalam sitkom Friends, dia merasakan dirinya paling cantik selepas melakukan sesi senaman yang menjadi rutin hariannya.
Tahun lalu, gelaran Wanita Tercantik Dunia diraih aktres Sandra Bullock. –Kedahnews.com