Sumber Gambar: Uqasha Senrose Instagram |
KUALA LUMPUR - Pelakon Uqasha Senrose menganggap tindakan Hafidz Roshdi, 22, memberi kenyataan kepada media bahawa tunang aktor itu cemburu sedikit sebanyak memberi persepsi negatif kepada masyarakat terhadap dirinya.
Uqasha berkata, perkara itu mendorongnya untuk menegur pelakon lelaki itu di laman sosial agar lebih berhati-hati dan tidak mengaitkan nama orang lain dalam sebarang kenyataan yang dikeluarkan kepada media.
"Saya marah sebab dia beritahu media bahawa tunangnya cemburu dan memetik nama saya pula, ia seperti memalukan tunang dia sendiri dan saya juga dikaitkannya.
"Apa yang ingin di cemburu sedangkan ia hanya lakonan dan drama itu pun sudah habis siarannya," ujarnya kepada mStar Online.
Uqasha ditemui pada sidang media teater Ombak Rindu yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya, Jumaat.
Dia diminta mengulas tentang kontroversi perang laman sosial yang terjadi dengan gandingannya dalam drama Tundukkan Playboy itu baru-baru ini.
Tambah Uqasha, dia kesal pelakon lelaki tersebut membesarkan perkara itu dengan memuat naik beberapa foto di laman Instagram dengan kapsyen ugutan.
"Saya muat naik status teguran itu sekali tetapi dia balas tiga kali dan muat naik foto di Instagram yang mengugut untuk jatuhkan saya.
"Namun selepas itu dia padam pula foto itu. Jika betul mahu jatuhkan saya silakan," ujarnya.
Jelas Uqasha, dia sudah beberapa kali cuba menghubungi pelakon tersebut untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik namun tidak dilayan.
"Saya sudah cuba hubungi dia banyak kali tapi dia tidak endahkan. Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini jadi panjang lagi," katanya.
Dalam pada itu, Uqasha berharap Hafidz lebih matang dan belajar daripada kesilapan yang dilakukan.
Katanya, pelakon itu juga perlu belajar untuk menghormati pelakon-pelakon yang lebih lama berada dalam industri hiburan tanah air.
Sumber: mStar