KETUA Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe mengesahkan terpaksa melupakan khidmat dua pemain tengah iaitu, Liridon Krasniqi dan Muhd Amirul Hisyam Awang Kechik dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Larkin pada 30 April ini.
Menurutnya, Liridon dan Muhd Amirul Hisyam terpaksa menjalani hukuman pergantungan satu perlawanan setelah menerima kad kuning kedua dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Alor Setar pada Sabtu malam.
Bagaimanapun hukuman tersebut tidak memberi kesan bagi saingan Liga Super yang kembali bersambung pada minggu ini.
Berikutan itu Cheng Hoe berkata, tumpuan Kedah kini beralih kepada saingan Liga Super menentang T-Team di Kuala Terengganu pada Rabu.
"Sekarang kami ingin memberi perhatian terhadap perlawanan menentang T-Team di Kuala Terengganu dan saya lega kerana mampu menurunkan Liridon dan Amirul.
"Kami perlu fokus dalam aksi liga kerana tidak boleh lagi kehilangan mata berharga.
"Sebagai persediaan menghadapi T-Team, kita sedang meneliti kecederaan Sandro Dal Silva di pergelangan kaki kirinya. Masa akan menentukan sama ada di mampu diturunkan atau tidak," kata kepada mStar Online selepas sesi latihan di Stadium Darul Aman.
Cheng Hoe memberitahu, pemain-pemain lain yang diturunkan dalam perlawanan lalu berada dalam keadaan bersedia untuk mengharungi cabaran di tempat lawan.
"Pemian perlu melupakan kemenangan lalu dan kembali fokus dalam perlawanan penting ini.
"Jangan biarkan keselesaan tersebut menghukum kita untuk tidak dapat membawa pulang tiga mata penuh nanti," tegasnya.
Sumber: mStar