Antara sedutan video berkenaan |
VIDEO pasangan kanak-kanak yang didakwa dipaksa berkahwin mendapat simpati pelbagai pihak termasuk Yayasan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).
Majlis perkahwinan kanak-kanak berusia 10 tahun itu dirakam di Chittorgarh, sebuah bandar di Rajasthan, utara India.
Rakaman itu dianggap menyayat hati apabila kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun menangis dan meminta bantuan bapanya.
Bagaimanapun dia terus dipaksa untuk mengikuti ritual perkahwinan berkenaan.
Selain itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun turut disuruh berkahwin dengan budak lelaki 11 tahun.
Dia telah dipimpin oleh seorang lelaki dipercayai bapanya untuk mengikuti ritual perkahwinan berkenaan sehingga selesai.
Seorang aktivis kanak-kanak, Kriti Bharti yang juga pengasas Yayasan Saarti berkata, hatinya luluh selepas melihat kanak-kanak tersebut dipaksa berkahwin.
Jelasnya, pertubuhan yang diwujudkan berjaya menghalang 850 perkahwinan kana-kanak di Rajasthan sebelum ini.
Sumber: mStar