Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim. |
LANGKAWI – Kedah merupakan antara pengguna air terawat yang tertinggi di Malaysia dengan purata 240 liter digunakan oleh seorang dalam sehari dan trend ini harus dihentikan, kata Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim.
Katanya kadar tarif yang agak rendah selain peningkatan bermusim berikutan ketibaan pelancong adalah antara faktor yang menyumbang kepada penggunaan tinggi dan langkah kesedaran perlu dibuat untuk mengelakkan pembaziran air berlaku.
“Kita akan tengok balik (langkah-langkah untuk mengurangkan penggunaan air) kerana kita tidak mahu trend ini terus berlaku. Sikap membazir air adalah sesuatu yang tidak elok,” katanya ketika ditemui selepas membuat tinjauan di Loji Simpanan Air di Padang Saga di sini.
Sebelum itu beliau yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA), Datuk Adzmi Din telah menghadiri satu taklimat oleh Taliworks Sdn Bhd yang mengendalikan loji berkenaan selain bertanggungjawab dalam pembekalan air di Langkawi.
Menurutnya bekalan air bersih di Langkawi masih berada di tahap yang mampan dalam keadaan kemarau sekarang namun beliau meminta semua pengguna tidak leka dengan keadaan itu dan mengelakkan penggunaan secara berlebihan.
Badrol Hisham berkata kerajaan negeri melalui SADA juga dalam proses untuk melantik sebuah firma juru perunding untuk menjalankan kajian tentang keperluan air di Kedah melalui peruntukan berjumlah RM3 juta dari kerajaan persekutuan.
Katanya kajian itu akan mengambil masa satu tahun untuk disiapkan dan beliau berharap kerajaan pusat akan mengutamakan pelaksanaan cadangan-cadangan yang akan dikemukakan hasil dari kajian itu kelak.
Menurutnya Kedah sedang mengalami pembangunan yang agak pesat khususnya di Langkawi yang telah menerima pelaburan swasta kira-kira RM1.5 billion tahun lepas.
“Menurut kajian oleh SADA (sebelum ini), Langkawi memang akan mengalami masalah kekurangan air dalam tahun 2018 dan kita meminta kerajaan pusat untuk memberi keutamaan kepada keperluan di sini kerana ia penting untuk (pertumbuhan industri) pelancongan,” katanya. – BERNAMA