Kenali 7 Lagenda Hackers Paling Merbahaya Di Dunia

APAKAH yang terbayang di fikiran anda tentang istilah "hackers" atau penggodam?

Bagi yang gemar mengikuti kisah-kisah penggodam komputer, mereka tentu mengenali nama-nama seperti Kevin Mitnick, Kevin Poulsen, Gary McKinnon, LulzSec dan ramai lagi.

Namun, antara kesemuanya terdapat beberapa penggodam yang dikenal pasti sebagai ‘ancaman’ buat sesebuah negara disebabkan kepakaran ‘terlampau’ mereka.

Di sini kami senaraikan tujuh penggodam yang paling bahaya dan pada masa yang sama paling ‘bernilai’ di dunia.

1 - KEVIN MITNICK


Mitnick, 53, adalah penjenayah siber paling dikehendaki dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Menggelarkan dirinya sebagai “Hacker Poster Boy“, dia merupakan penggodam paling kontroversi pernah direkodkan. Di usia remaja, Mitnick pada mulanya hanya mempunyai pengalaman asas menggodam telefon awam sebelum melakukan kesalahan besar yang membuatkan dirinya terkenal.

Ketika berumur 15 tahun, dia telah mengeksploitasi sistem punch kad perakam waktu bas Los Angeles untuk mendapatkan keuntungan bebas.

Kemudian, seperti salah seorang pengasas bersama Apple, Steve Wozniak, Mitnick ketika berusia 16 tahun ‘menceburi’ bidang pergodaman telefon selular di mana dia disabitkan kesalahan atas kes menggodam dan mencuri perisian dalam rangkaian Digital Equipment Corporation (DEC).

Dia turut menggodam pakar komputer terkenal dan rakan baiknya, Tsutomu Shimomura yang kemudian membawa kepada penangkapannya.

Pada hari ini, Mitnick memainkan peranan sebagai penggodam ‘topi hitam’ legenda dan kini menjadi ahli masyarakat yang produktif serta seorang penulis dan perunding keselamatan komputer.

Freedom Downtime dan Takedown adalah dua filem yang memperincikan mengenai eksploitasinya.

2 - MICHAEL CALCE


Lagak gaya Michael Calce bak seorang aktor ini adalah penggodam komputer yang dikenali sebagai “Mafiaboy”.

Pada tahun 2000, pihak FBI telah menamakan Mafiaboy sebagai suspek utama suspek utama yang telah melumpuhkan gergasi perniagaan internet dan enjin carian terkenal pada seperti Yahoo!, EBay, Amazon, CNN dan E-Trade. Enjin carian terkenal, Google masih belum dikenali ramai pada waktu itu.

Kesemua gergasi internet itu perlahan-lahan mengalami gangguan capaian oleh pengguna sebelum lumpuh sepenuhnya beberapa jam akibat serangan penafian perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai Denial of Services, (DOS).

Serangan beberapa jam tersebut menyebabkan kerugian yang dianggarkan sekitar AS$18 juta. Dia dihadapkan ke mahkamah pada 18 ​​Januari 2001 di Montreal, Kanada di mana mengaku bersalah di atas 55 tuduhan menggodam.

3 - JONATHAN JOSEPH JAMES


James terkenal apabila dia menjadi orang pertama yang dihantar ke penjara bagi kesalahan menggodam.

Pada usia 16 tahun, dia telah pun dijatuhkan hukuman penjara di mana sewaktu diwawancara, James memberitahu alasanya hanya disebabkan ingin mencari keseronokan.

James mensasarkan organisasi yang berprofil tinggi sebagai pencerobohan utama.

Dia memasang peranti backdoor ke dalam pelayan di sebuah agensi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya yang dikenali DTRA.

Backdoor dicipta untuk membolehkan dia melihat e-mel sensitif serta mencuri nama pengguna dan kata laluan pekerja.

James menggodam rangkaian NASA dan memuat turun sumber kod yang cukup untuk dia belajar bagaimana Stesen Angkasa Antarabangsa berfungsi.

Jumlah nilai aset yang dimuat turun menyamai AS$1.7 juta da apa yang lebih memalukan lagi, NASA terpaksa menutup rangkaian mereka selama tiga minggu semata-mata untuk menyiasat kebocoran maklumat tersebut yang mana menelan belanja sebanyak AS$41,000.

James menjelaskan bahawa dia memuat turun kod itu untuk menambah kajian tentang C programming, tetapi menegaskan: “Kod itu sangat teruk dan tidak bernilai AS$1.7 juta seperti yang didakwa.”

4 - ADRIAN LAMO


Digelar sebagai “penggodam homeless,” Dia menggunakan sambungan internet di kafe dan perpustakaan untuk menggodam.

Lamo menggodam organisasi-organisasi utama seperti syarikat akhbar The New York Times dan firma perisian Microsoft.

Teknik pengodaman Lomo adalah penetration testing yang menguji penembusan sekuriti di mana beliau mendapati kelemahan dalam sistem keselamatan Yahoo!, Bank of America, Citigroup dan Cingular.

Lamo turut menggodam akaun syarikat sekuriti komputer terkenal Lexis Nexis Times dan telah diarahkan membayar kira-kira AS$65,000, perintah berkurung selama 6 bulan dan 2 tahun membuat kerja amal di mana telah tamat pada 16 Januari, 2007.

Kini Lamo bekerja sebagai wartawan serta pernah memenangi beberapa anugerah dan juga wakil suara rakyat.

5 - OWEN WALKER


Owen Thor Walker merupakan seorang penghidap penyakit Sindorm Asperger yang menetap di New Zealand.

Walaupun mempunyai penyakit, dia telah ditahan beberapa kali atas kesalahan aktiviti pergodaman yang bernilai jutaan dolar New Zealand.

Pada 2008, dia mengaku bersalah atas kesalahan menjadi ‘kepala’ dalam sebuah organisasi yang menggodam institusi kerajaan dengan nilai kerugiaan yang perlu ditanggung sebanyak AS$26 juta.

Dia ditahan di bawah seksyen 248-252 akta jenayah New Zealand sewaktu dan sewaktu diselidik pihak FBI, dia memberitahu menggodam sistem sekuriti Universiti Pennsylvania di mana server yang digunakan sewaktu menjalankan expoitasi adalah di Malaysia.

6 - ALBERT GONZALEZ


Albert Gonzalez, 35, berkemungkinan merupakan ‘Raja Godam’ kad kredit paling terkenal di seantero dunia.

Pada 2009, Gonzalez telah ditahan dalam kes penipuan kad kredit terbesar di Amerika Syarikat (AS) yang melibatkan pencurian lebih 130 juta nombor kad.

Sejak Oktober 2006, Gonzalez menggunakan teknik penggodaman yang canggih untuk memecahkan firewall dan mencuri informasi dari sistem pangkalan data di AS.

Syarikat yang menjadi sasaran termasuk pemproses sistem pembayaran kad yang berpusat di New Jersey, Heartland Payment Systems, rangkaian seluruh negara kedai serbaneka yang berpusat di Texas, 7-Eleven Inc. dan rangkaian pasar raya yang berpusat di Maine, Hannaford Brothers Co. Inc.

Gonzalez memindahkan data yang dicuri ke server komputer yang mereka jalankan di Latvia, Belanda, AS dan Ukraine bagi menutup jejak mereka serta mengelakkan daripada dikesan oleh software anti-virus yang digunakan oleh mangsa mereka.

7 - ASTRA

Gambar tidak didedahkan oleh kerajaan Perancis.
Astra atau nama gelaran medianya, Withheld, 58, merupakan seorang penganalisis matematik di sebuah universiti.

Dia dilaporkan telah menggodam sistem sekuriti kerajaan Perancis selama lima tahun di mana berjaya memperoleh data berkenaan teknologi senjata dan cetakan aplikasi 3D yang kemudian dijual kepada pasaran gelap di Brazil, Perancis, Jerman, Itali, Afrika dan juga negara-negara Arab.

Menurut polis Perancis, mereka telah menjejak Astra sejak dari tahun 2002 namun sering sahaja menemui jalan buntu setelah ‘dipermainkan’ olehnya di mana beberapa rumah yang diserbu sering sahaja ditinggalkan notis yang memberitahu ‘cuba lagi’.

Astra akhirnya ditangkap pada tahun 2008, di mana dilaporkan kerugian yang ditanggung Perancis adalah dianggarkan berjumlah AS$250 ke AS$350 juta.

Penggodam legenda itu kini telah menjalani hukuman penjara selama 6 tahun selepas dia telah didapati bersalah pada 2008. –Kedahnews.com