Empangan Sungai Muda - Gambar Hiasan |
GEORGETOWN - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) menafikan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berhubung pelepasan air di negeri itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Jaseni Maidinsa berkata, pihaknya tidak meminta Kedah meningkatkan pelepasan air sebaliknya meminta agar pelepasan air ke Sungai Muda dikurangkan.
Menurutnya, ada beberapa perkara dalam kenyataan Ahmad Bashah yang tidak betul. Beliau ada mengatakan Pulau Pinang perlu menggunakan saluran yang betul untuk meminta Kedah melepaskan air.
"Sebenarnya, kita mahu Kedah mengurangkan pelepasan dari Empangan Muda dan Beris ke Sungai Muda bagi memastikan bekalan air di kedua-dua empangan itu mencukupi sehingga tamat fenomena El Nino yang dijangka penghujung Jun ini.
“Disebabkan itu, kita meminta agar aktiviti pengairan di Kedah terutamanya dalam pertanian dikurangkan. Ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan pelepasan air ke Sungai Muda setiap hari dan bekalan air yang ada, hanya digunakan untuk keperluan rakyat di Kedah dan Pulau Pinang.
"Ia salah satu cara bagaimana Kedah boleh mengekalkan kapasiti air di kedua-dua empangannya untuk bertahan lebih lama,” katanya kepada media selepas Majlis Hari Air Sedunia di Empangan Air Itam, di sini kelmarin.
Jaseni berkata, Ahmad Bashah juga dilihat tidak dimaklumkan maklumat yang betul apabila meminta Pulau Pinang menggunakan air di Empangan Mengkuang bagi menampung penggunaan air di negeri ini.
“Empangan Mengkuang sedang dinaik taraf sejak 2011 dan dijangka siap pada tahun hadapan. Oleh demikian, Empangan Mengkuang tidak boleh digunakan dalam penyaluran air bersih untuk penduduk negeri ini sehingga kerja-kerja pembinaan disiapkan dan Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau menyerahkan empangan itu semula kepada PBAPP. Persoalannya, bagaimana empangan terbabit hendak beroperasi jika kerja-kerja pembinaan masih belum siap sepenuhnya?
“Rasanya umum mengetahui bahawa empangan berkenaan diambil alih oleh pihak kementerian untuk kerja-kerja naik taraf sejak lima tahun lalu. Walaupun bekalan air di Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Hitam menunjukkan penyusutan sehingga 50 peratus, bekalan air masih mencukupi bagi menampung keperluan rakyat di negeri ini. Kita tidak minta bekalan air dari Kedah kerana bekalan yang ada masih mencukupi,” katanya.
Menurutnya, PBAPP mengambil langkah awal dalam mengawal pengurangan kadar perlepasan air melalui empangan sejak Januari lalu.
“Ia bagi memastikan bekalan air sentiasa mencukupi terutamanya dalam keadaan El-Nino sekarang ini.
“Kadar bekalan air di negeri ini dapat dikekalkan apabila kawalan pengeluaran air dikawal dan PBAPP yakin sekiranya langkah ini dilakukan, bekalan air akan mencukupi sehingga fenomena El-Nino ini berakhir,” katanya.
Terdahulu, Ahmad Bashah meminta agar Pulau Pinang tidak terlalu bergantung kepada Kedah dan menggunakan Empangan Mengkuang bagi memenuhi keperluan air bersih di negeri ini.
Ahmad Bashah juga berpendapat adalah lebih baik Kerajaan Pulau Pinang memohon secara rasmi kepada Kerajaan Kedah untuk membantu mereka menyelesaikan masalah air dan bukannya melalui media.
Sumber: Sinar Harian