Ketua Penerangan UMNO Ziarah Mursyidul Am PAS Di IJN

Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din
KUALA LUMPUR – Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak beberapa hari lalu semakin sihat.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annur Musa yang menziarahi pemimpin PAS tersebut memaklumkan perkara itu di akaun Facebook beliau semalam.

“Alhamdulillah sempat menjenguk dan menandatangani buku pelawat Datuk Dr. Haruon Din yang kini semakin sihat di IJN.

“Kami doakan agar Datuk (Haron Din) segera sembuh dan kembali sihat seperti biasa,” katanya.

Media pada minggu lalu melaporkan, Mursyidul Am PAS dimasukkan ke IJN selepas mengadu sakit dada. –Kedahnews.com