KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memuji dan berterima kasih kepada penganjur syarahan umum Dr Zakir Naik kerana menukar topik mengikut kesesuaian sensitiviti masyarakat di negara ini.
"Semuanya berjalan dengan lancar. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya mengendalikan majlis itu dengan lancar dan mematuhi arahan polis supaya tidak menyentuh agama lain, " kata Khalid kepada pemberita di Bukit Aman, Isnin.
Terdahulu, Khalid melarang penganjuran majlis yang dijadual berlangsung pada Ahad kerana Dr Zakir Naik dijadual untuk bercakap mengenai tajuk 'Persamaan Antara Hindu dan Islam' kerana sensitiviti agama.
Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kemudian berkata forum itu boleh diteruskan selepas perubahan topik dibuat.
Tajuk forum di Universiti Teknikal Malaysia Melaka itu telah ditukar kepada 'Islam - Problems and Solutions to Humanity' (Islam - Masalah dan Penyelesaian terhadap Kemanusiaan).
Sumber: mStar