Kisah Derita Pelajar Malang Didera Ibu Tiri Separuh Mati

Sewaktu kanak-kanak lain sedang bergembira bersama-sama keluarga dan sahabat, pelajar ini, (Anas, bukan nama sebenar)  rupa-rupanya terpaksa melakukan kerja-kerja di rumah tanpa sebarang bantuan.

Kisah benar diceritakan oleh guru yang mengajar di sekolah yang sama dengan pelajar malang ini sangat menyayat hati kerana Anas sering didera melakukan kerja rumah dan dipukul separuh mati.

Bapa Anas jarang berada di rumah kerana terpaksa mencari nafkah untuk menampung 6 orang adik beradik. Dan ini menyebabkan ibu tirinya bertindak sedemikian tanpa sebarang kawalan.

Wang biasiswa yang diterima oleh Anas untuk pengajiannya  juga dirampas dan digunakan ibu tirinya atas tujuan peribadi serta langsung tidak memberikan bantuan pembelajaran kepada pelajar ini.


Anas kelihatan gembira dan lega apabila bapa dan ibu tirinya bercerai, derita yang ditanggung akhirnya berakhir. Dia boleh menjalani kehidupan yang tenang selepas perceraian itu berlaku.

Difahamkan, Anas kemudian mendapat tempat di asrama sekolahnya dan apabila ditanya tentang keperluan dirinya oleh cikgu berkenaan, ternyata keperluan harian seperti baju sekolah dan beg sekolah tidak mencukupi seperti rakan-rakannya yang lain.

Lalu pelajar malang itu menceritakan bahawa ibu tirinya tidak membawanya membeli barangan keperluan sudah lama, ketika musim perayaan juga dia terpaksa memakai baju-baju yang sudah usang.

Untuk perkembangan terkini, boleh hubungi guru berkenaan yang hanya dikenali menerusi Facebook yang menggunakan akaun Izz Nur Izdihar Ramlan.  -Kedahnews.com
.
a
b
c
d