Kuil Di Kerala Terbakar, 77 Maut 200 Cedera

KEBAKARAN di kuil bandar raya Kollam di Kerala kira-kira jam 3.30 pagi waktu tempatan. - Foto Twitter
NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 77 terbunuh dan hampir 200 lagi cedera dalam kebakaran di kuil bandar raya Kollam di Kerala kira-kira jam 3.30 pagi waktu tempatan semalam.

Menurut polis, pesta kuil Puttingal itu menyaksikan pertunjukan bunga api pada jam 1.00 pagi.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada percikan bunga api yang menyebabkan mercun disimpan dalam stor terbakar dan mengakibatkan letupan besar.

Penduduk yang mengalami kesan terbakar serius dimasukkan ke kolej perubatan kerajaan manakala mangsa kecederaan ringan dihantar ke hospital lain di Meeyapuram dan Kottiyam.

Menurut laporan, bangunan berkenaan musnah sama sekali dalam kejadian itu. – Agensi