Pele atau nama sebenarnya iaitu Edson Arantes do Nascimento |
Firma gergasi teknologi terkenal dunia, Samsung yang masih lagi bertarung dengan Apple di mahkamah kerana paten peranti buatan mereka, kini berdepan pula dengan satu lagi kes yang sama, namun kali ini disaman kerana lelaki yang menjadi model produknya.
Legenda bola sepak dunia, Pele telah mengemukakan saman bernilai AS$30 juta (RM117 juta) kepada Samsung kerana didakwa menggunakan seorang model lelaki bagi iklan UHDTV mereka yang menyerupai wajahnya.
Saman kepada Samsung telah difailkan oleh Pele di Chicago, Amerika Syarikat minggu lalu dan menurut bintang beraal dari Brazil itu, pihak Samsung sebelum ini ada menghubunginya untuk menjadi duta UHDTV mereka.
Namun Pele atau nama sebenarnya iaitu Edson Arantes do Nascimento, 75; tidak memberikan apa-apa persetujuan. Pada Oktober tahun lalu, iklan ini muncul menerusi akhbar terkenal The News York Times.
Menurut Pele, model lelaki dengan imej sebelah muka sahaja yang digunakan oleh Samsung ini menyerupai wajanya dan paparan pada skrin televisyen di situ juga menunjukkan satu perlawanan bola sepak.
Iklan bola sepak dan model yang berwajah hampir sama dengan Pele ini menunjukkan seolah-olah dia memberikan sokongan terhadap produk tersebut yang dikeluarkan oleh Samsung. –Kedahnews.com
Legenda bola sepak dunia, Pele telah mengemukakan saman bernilai AS$30 juta (RM117 juta) kepada Samsung kerana didakwa menggunakan seorang model lelaki bagi iklan UHDTV mereka yang menyerupai wajahnya.
Saman kepada Samsung telah difailkan oleh Pele di Chicago, Amerika Syarikat minggu lalu dan menurut bintang beraal dari Brazil itu, pihak Samsung sebelum ini ada menghubunginya untuk menjadi duta UHDTV mereka.
Namun Pele atau nama sebenarnya iaitu Edson Arantes do Nascimento, 75; tidak memberikan apa-apa persetujuan. Pada Oktober tahun lalu, iklan ini muncul menerusi akhbar terkenal The News York Times.
Iklan Samsung yang dimaksudkan Pele |