Lelaki Parah Dibaham Beruang Di Tanah Merah, Kelantan


Seorang lelaki dilaporkan cedera parah akibat diserang seekor beruang berwarna hitam ketika sedang mencari madu kelulut di belakang Masjid Mukim Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1.20 petang, mangsa, Che Hasan Yaacob, 55, cedera pada betis kiri selepas digigit haiwan liar tersebut.

Menurut Facebook Daily Traffic Report, semasa mangsa sedang mencari madu di semak belakang masjid tiba-tiba muncul seekor beruang menyerangnya.

Akibat panik, mangsa melarikan diri dan memanjat sebatang pokok namun tidak sempat sebelum digigit beruang itu.

Mangsa kemudian cuba melawan dengan menggunakan sebilah golok sebelum beruang itu melarikan diri ke dalam hutan.

Mangsa kini sedang dirawat hospital Tanah Merah untuk rawatan susulan. – Kedahnews.com