Sekali imbas melihat foto mereka kita mungkin menyangka mereka ini
wanita keturunan Arab. Tapi sebenarnya tidak, mereka berlima berasal
daripada negara jiran kita iaitu Thailand.
Lima hijabers adik beradik ini pernah menjadi perbincangan hangat
netizan luar terutama sekali Indonesia kerana kecantikan mereka.
Adik beradik ini mula dikenali bila mereka sering memuat naik foto
secara solo dan juga bersama-sama. Dengan paras yang menawan serta gaya
hijab tersendiri, mereka pantas mendapat perhatian.
Dalam pada itu lima beradik ini juga punya banyak persamaan, dari cara
pemakaian hijab, hobi, malah nama akaun instagram mereka juga kesemuanya
berakhir dengan perkataan 'mirror iaitu @sairamirror @nasreenmirror,
dan @reenamirror, @ruksana_sana dan @cattaleeyamirror
Melihat foto yang dimuat naik dalam akaun instagram masing-masing tak hairan jika mereka mempunyai semakin ramai pengikut.
Malah ia juga membuka peluang kepada mereka untuk menjual pakaian dan hijab atas nama Saira Hijab.
Jom layan foto lima beradik ini, jika tak puas boleh follow instagram mereka.
.
Sumber: Vanilla Kismis