Lima Kelebihan Beristerikan Wanita Lebih Rendah

Gambar Hiasan
WANITA tinggi lampai persis model antarabangsa mungkin menjadi idaman kebanyakan lelaki.

Namun, ramai tidak tahu bahawa wanita kecil molek juga sememangnya ada tarikan mereka yang tersendiri.

Bak kata orang, kecil-kecil cili padi; dia mungkin ‘bersaiz poket’ tetapi tetap hangat!

Selain daripada comel, ada banyak kelebihan lagi untuk beristerikan perempuan rendah ini sebenarnya. 

Dibawah dikongsikan 5 sebab mengapa jejaka di seluruh pelosok Malaya bertuah sekiranya mempunyai isteri yang "petite":

1. Perangsang Ego

Wanita rendah sebenarnya sangat bergantung harap kepada pasangan yang tinggi dan menganggap mereka sebagai ‘penyelamat’. Bukan apa, dia tak perlu lagi terjengket-jengket untuk mencapai sesuatu kerana ada ‘pembantu’ yang sentiasa bersedia untuk capaikan untuknya!

Ini sebenarnya sangat bagus untuk merangsangkan ego lelaki kerana mereka akan merasakan diri mereka diperlukan dan penting.

2. Senang Peluk

Mempunyai pasangan yang kecil molek memang syok kerana dia akan sentiasa rasa dilindungi dan selamat di sisi anda. Dada atau bahu dijadikan tempat bermanja dan anda pula secara automatik berasa seperti lelaki paling berkuasa dan ‘macho’ sekali pada pandangan matanya. Best, kan? Lelaki gay je yang cakap tak best ok!

3. Jimat!

Ini mungkin pendapat kurang popular, tetapi ramai lelaki mengaku bahawa keluar dating wanita petite ni menjimatkan wang poket kerana perut mereka juga bersaiz comel!

Selalunya apabila makan di luar pasti berkongsi sepinggan dua orang, kan tak bazir duit tu? Ada duit lebih bolehlah pergi tengok lampu di iCity Shah Alam atau tonton wayang. Berbaloi-baloi!

4. Senang Dukung

Bersesuaian dengan tingginya, wanita bertubuh rendah sudah tentu lebih ringan berat badannya.

Lelaki yang lebih tinggi berbanding isteri selalunya suka menyakat pasangannya dengan mengacah-acah dukung dan sebagainya. Ya lah, perempuan kan kanak-kanak yang tidak pernah membesar, jadi wanita mana yang tidak rasa istimewa apabila dilayan sebegitu? Pasti dia akan sayang anda lebih selepas ini. Win-win situation!

5. Gaduh-Gaduh Manja

Tak dinafikan, perempuan zaman sekarang lebih berani mengekspresikan kemarahan mereka secara fizikal. Bayangkan jika teman wanita anda bersaiz ahli gusti WWE, Chyna. Tak ke naya tu!

Dengan wanita yang petite, perselisihan faham antara anda berdua pasti lebih ‘manis’ dan kelakar apabila dia cuba tunjuk kuat dengan memukul-mukul tubuh anda kerana terlalu marah. Ingat sakit sangat lah tu?

Apa-apa yang dilakukan oleh perempuan kecil molek ini memang dipandang comel sentiasa, sejuk je hati. Jadi apa tunggu lagi, praktikkan artikel apresiasi terhadap wanita comel ini sekarang juga. -Kedahnews.com