SEBELUM ini pengguna laman sosial disajikan dengan posting dari akaun Facebook palsu Datuk Seri Vida (DSV) yang mendakwa kononnya jutawan wanita itu mahu memberi beg jenama mewah, Louis Vuitton secara percuma.
Kini jutawan muda Safiey Ilias yang kisah penghijrahannya viral di laman sosial turut terkena tempias yang sama.
Safiey turut menjadi mangsa kepada pihak tidak bertanggung jawab menggunakan modus operandi yang sama dilakukan pada DSV.
Bermula malam tadi telah viral satu posting di Facebook mengenai pemberian beg dan kasut berjenama oleh Safiey Ilias pula.
Setakat ini post berkenaan mendapat 100,101 shares dan 7600 ribu comment daripada pengguna laman Facebook.
Namun, Safiey Ilias tampil menafikan bahawa beliau mempunyai mana-mana pages lain.
Apa yang beliau ada hanyalah sebuah akaun Facebook peribadi dan bukannya page yang menjanjikan hadiah berkenaan.
Ini sekaligus membuktikan page yang duk mengaku “ini betul-betul bukan fake yea” penipu yang lagi besar rupanya.
Peringatan kepada pengguna media sosial di luar sana supaya tidak mudah termakan dengan posting yang belum sahih atau kebenaranya.
Adalah lebih baik diselidiki dahulu setiap perkara sebelum menyebarkannya. -Kedahnews.com