Makcik Penoreh Terima BARAKAH Dihina "Makan Dedak" Ahmad Bashah


Beberapa pengguna Facebook memperlekeh kata-kata terima kasih yang diluahkan seorang makcik yang terharu menerima Bantuan Rakyat Kedah (BARAKAH) yang baru dilancarkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian sebuah rakaman video yang dikongsikan oleh Amirul Hadi Kassim di laman page Facebook Penduduk Sungai Petani, mereka memperlekeh pemberian bantuan tersebut dengan menyifatkannya sebagai "dedak".

"Depa mai bg dedak mak cik oiiii.....

"Mak cik boleh la mkn dedak tu utk setahun....," komen pemilik akaun Facebook, Zamarull Azizi yang dipercayai dari Pulau Pinang.


Sementara itu, Hafiez Usoff pula menyindir status berkenaan dengan bertanyakan tentang 'dedak'.

"Dedak mana dedak?", tulisnya di ruangan komen pada status berkenaan.


Manakala seorang lagi pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ahmet Pasa pula mempertikai keprihatinan Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini walaupun isu harga getah merudum berlaku sejak tahun lalu.

"Bila kes penoreh dah jd isu besar..baru badut2 nak turun tunjuk muka..acah2 prihatin.sebelum ni mana??gentel telor dlm opis??," komen Ahmet Pasa.


Menurut Amirul Hadi Kassim, makcik yang menerima bantuan BARAKAH tersebut adalah dari sekelompok penoreh getah di daerah Sik yang dikunjungi Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Tajudin Abdullah bagi menyerahkan bantuan itu secara langsung.

"Makcik rasa sebak bila seorang pemimpin sanggup mai pangil makcik di kebun tempat makcik motong," kata makcik berkenaan yang bernama Zarina Ahmad.

"Makcik rasa sebak bila seorang pemimpin sanggup mai pangil makcik di kebun tempat makcik motong" Inilah kata kata...

Berikut dibawah adalah status yang dikongsikan di laman page berkenaan. -Kedahnews.com