Pesawat Boeing B747-400 milik MAS (Gambar Hiasan) |
KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines mengumumkan pentauliahan semula pesawat B747-400, diinspirasikan oleh corak dan lambang asal syarikat penerbangan berkenaan.
Wajah asal pada super jumbo 1970-an itu mencerminkan sejarah yang panjang dan cemerlang sebagai syarikat penerbangan nasional, kata Malaysia Airlines.
"Pesawat yang diberi wajah baharu itu membawa semangat sejarah yang membanggakan Malaysia Airlines kepada masyarakat tempatan, akan terbang ke destinasi domestik terpilih mulai April.
"Wajah asal memaparkan logo asal 'wau bulan' Kelantan dalam bulatan merah melambangkan penerbangan terkawal yang memberi gambaran pergerakan," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan di sini, Selasa.
Ia berkata, 'wau bulan', yang secara eksklusif milik Malaysia juga menjadi pernyataan mengenai banyak mitos berkaitan negara ini.
Ketua Pegawai Komersil Malaysia Airlines, Paul Simmons berkata, 'Ratu Angkasa' itu akan membuat penerbangan sulungnya tidak lama lagi.
Beliau berkata, wajah asal itu telah terbukti menjadi kesukaan tetamu Malaysia Airlines dan mereka akan dapat melihat wajah 1970-an, kali ini pada pesawat B747.
Pesawat dengan wajah asal itu akan digunakan sebagai pesawat operasi ganti yang akan ditugaskan pada asas ad hoc ke destinasi tertentu apabila diperlukan, katanya. -Bernama