BAGI kebanyakan rakyat Malaysia, beg plastik ialah suatu keperluan semasa membeli belah.
Namun seperti diketahui umum, beberapa negeri termasuk Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan telah mengimplikasikan ‘Kempen Hari Tanpa Plastik’ di semua pasaraya sebagai salah satu usaha memelihara alam sekitar.
Oleh itu, orang ramai yang mahu membeli belah disarankan membawa beg kitar semula sendiri atau terpaksa membeli beg plastik pada harga RM0.20 sen satu.
Dalam melaksanakan kempen murni ini, sudah tentulah ia memerlukan masa untuk dibiasakan oleh masyarakat.
Dalam tempoh itu, pasti akan ada yang tidak suka kerana berpendapat kempen ini leceh lagi menyusahkan.
Antaranya, seorang pengguna sosial yang baru-baru ini mempersoalkan pelaksanaan kempen ini kerana berasakan ia hanya membawa masalah.
“Inilah masalah kalau tiada beg plastik di negeri Melaka. Orang nak shopping pun susah. Please to pihak Mydin Mall Melaka sediakan beg plastik or kotak! Agar perkara sebegini tidak berulang.
“Kesian mak cik tu luka tangan kerana terkena serpihan botol kaca kicap.. benda ni dah sering kali berlaku tapi kami diamkan.. Pada hari ini kami viralkan juga,” katanya.
Bagaimanapun, hasrat ingin ‘menviralkan’ isu beg plastik ini terkena kembali ke batang hidung sendiri apabila ramai netizen bertindak mengkritiknya kerana berpendapat tidak ada isu yang perlu disensasikan di situ.
“Dah tau nk shopping… bawak la beg plastik sendri atau eco bag… takkan nak ajar.. takkan benda ni pun nak viral..aduh..,” kata Amiratul.
“Kesian memang kesian tapi cara ni laa nak ajar rakyat Malaysia sayang alam.. sebab bila ada beg plastik banyak-banyak buang kat tepi jalan bukan tong sampah ,” komen Ain Azali pula.
Walaupun mengelak penggunaan beg plastik masih baru di Malaysia tetapi di negara-negara maju seperti Iceland dan Amerika Syarikat ia telah lama dilaksanakan.
Malah, ia menunjukkan kesan yang baik apabila berjaya mengurangkan penggunaan plastik hampir 90 peratus.
Maka, perkara baik sebegini memang wajar diteruskan untuk kepentingan kita bersama. –Kedahnews.com