Presiden Global Unity Network (Unity), Shah Kirit Kakulal Govindji |
SHAH ALAM - Masyarakat Islam mahupun bukan Islam di negara ini belum bersedia berbincang atau mengadakan sesi dialog mengenai topik perbezaan agama secara terbuka.
Presiden Global Unity Network (Unity), Shah Kirit Kakulal Govindji berkata, di Malaysia, topik agama terlalu sensitif untuk dibincangkan sehingga menjadi budaya untuk tidak bercakap mengenai agama antara satu sama lain sehingga dakwah Islam itu tidak dapat dijalankan dengan baik.
“Dialog sebegini seharusnya digalakkan agar dapat membentuk persefahaman selain mencari kebenaran. Namun ia harus dilakukan dalam suasana penuh beradab, saling menghormati dan tidak memperlekehkan agama lain.
“Tetapi, masyarakat kita belum terbuka untuk membincangkan tentang agama antara satu sama lain, tidak seperti di negara luar,” katanya kepada Sinar Harian.
Mengulas mengenai ceramah penceramah terkenal, Dr Zakir Naik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang dibatalkan kerana tajuknya ‘Persamaan Antara Hinduisme dan Islam', katanya, masyarakat di negara ini tidak sepatutnya membuat tuduhan melulu tanpa mendengar penjelasan atau hadir pada sesi dialog berkenaan.
“Kita tidak boleh terpengaruh dengan tuduhan itu sewenang-wenangnya. Penilaian perlu dilakukan secara adil. Kerana itu, jika ada tidak berpuas hati, datang dan dengar sendiri ceramah beliau secara semuka dari awal sehingga habis.
“Sekiranya terdapat ucapan yang tidak benar, tidak tepat atau memperlekehkan kepercayaan agama lain, maka nyatakan kebenaran dengan memberi fakta yang betul (ketika sesi soal jawab) dan hadirin lain akan menjadi saksinya,” ujarnya.
Katanya, perbincangan mengenai perbezaan agama bertujuan menangani konflik di masa hadapan. Apabila sesuatu konflik berlaku, ia tidak mudah disebarkan atau saling menuduh, sebaliknya, masyarakat akan saling berhubung dan mencari penyelesaian bersama.
“Namun tidak dinafikan konflik tetap, akan terus wujud, apa lagi Malaysia sebuah negara pelbagai terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa,” katanya.
Pada masa sama, Shah Kirit bersetuju bahawa dalam pelbagai agama terdapat persamaan dari aspek nilai moral. Namun, semua agama itu tidak sama kerana setiap satu daripadanya mempunyai perbezaan dalam doktrin kepercayaan masing-masing.
Sumber: Sinar Harian