Tasha menunjukkan gambar lama ketika menjadi mat rempit. |
ALOR SETAR - Seorang pemuda yang pernah terlibat dalam kegiatan merempit motosikal kini berubah 360 darjah, apabila memilih jalan hidup sebagai pondan.
Lelaki berusia 19 tahun dari Pulau Pinang itu ditahan buat kali pertama dalam Ops Donut dilakukan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) di Limbong Kapal, semalam.
Dia yang dikenali sebagai Tasha baru beberapa bulan bergelar pondan, terpinga-pinga ketika diserbu, sedangkan pondan lain bertempiaran lari sebaik menghidu kehadiran penguat kuasa Jaik.
Menurutnya, dia dahulunya normal dan merupakan bekas mat rempit sebelum terjebak dan terpengaruh dengan rakan pondan dikenali.
“Sebelum ini, sewaktu menjadi mat rempit, saya menahan diri dan berkelakuan seperti lelaki, biarpun menyedari naluri agak cenderung ke arah perempuan.
“Pertemuan dengan rakan lama, dan pengenalan dengan beberapa pondan persis bak model menimbulkan rasa kagum untuk menjadi cantik seperti mereka,” katanya.
Kata Tasha, rakan barunya memberinya pakaian wanita untuk dicuba, malah memberi tunjuk ajar mengenai cara penjagaan rambut untuk menjadi seperti mereka.
Kini, anak ketiga dari enam adik beradik itu, berkata, dia semakin mahir menghias diri, malah menggunakan sejenis hormon untuk meningkatkan ciri kewanitaan dalam diri, sekali gus mengubah muka kelelakian dimiliki selama ini.
Bagaimanapun, katanya, ahli keluarga tidak mengetahui mengenai kecenderungan barunya itu kerana dia memakai pakaian lelaki dan topi untuk menutup rambut.
Tidak dinafikan, katanya, dia ada keinginan untuk berubah, apatah lagi menerima cercaan dari sebilangan masyarakat, namun masih tercari-cari arah.
Sementara itu, Penolong Pengarah Penguat kuasa Undang-undang Jaik, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, lelaki yang ditahan itu disyaki budak baharu, disebabkan dia tidak melarikan diri ketika diserbu.
Beliau berkata, lelaki itu mampu berubah dan berpeluang kembali ke jalan benar, memandangkan dia hanya terpengaruh dengan rakan.
Turut serta dalam operasi itu adalah Penolong Pengarah Operasi Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jaik, Sheikh Mohd Rasydan A Rahman.
Sumber: Sinar Harian