Mat Noh (kanan) selfie bersama seorang ahli majlis MBAS, Datuk Ir Guntor Tobeng di bawah pokok Tekoma |
ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan mendapatkan khidmat pakar untuk memanjangkan tempoh Tekoma berbunga sebagai salah satu tarikan pelancongan di Kedah.
Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, usaha itu diambil berikutan bunga Tekoma hanya berkembang dalam tempoh seminggu atau dua minggu sahaja.
“Kita akan mencari kaedah untuk memanjangkan tempoh sehingga empat ke enam minggu untuk memberi peluang kepada orang ramai menikmati pemandangan ala Korea ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Sakura Alor Setar sempena Discover Kedah di Jalan Tun Abdul Razak.
“Keadaan cuaca di Kedah menyebabkan bunga hanya mampu bertahan dalam tempoh singkat, dengan mendapatkan pandangan daripada pakar berkaitan penggunaan baja, mungkin tempoh itu dapat dilanjutkan.
Mat Noh berkata, pokok Tekoma atau nama saintifiknya Tabebuia Rosea banyak ditanam di Kedah dan kebiasaannya berkembang mekar pada awal April setiap tahun.
“Tahun lepas, kita tidak dapat menikmati pemandangan ini mungkin disebabkan cuaca, berbanding pada tahun ini, bunga Tekoma kembali berkembang,” katanya.
Menurutnya, pihaknya dalam proses menanam 200 anak pokok Tekoma di Taman Peremba, Alor Setar.
“Sehingga kini, terdapat lebih 1,130 pokok bunga Tekoma di sepanjang jalan Bandaraya Alor Setar,”katanya.
Sumber: Sinar Harian