Media Sosial: Suami Orang Pertama Kritik Marsha Jika Kurang Sesuai

Marsha Milan Londoh
PENYANYI kelahiran negeri Di Bawah Bayu Marsha, 31; yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, 29; akui media sosial miliknya dipantau oleh suaminya.

Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh mendedahkan perkara itu kepada sebuah akhbar arus perdana bahawa laman sosial miliknya dikawal oleh suaminya.

Ia sebenarnya untuk menapis segala komen berbaur negatif dan mengambil langkah berjaga-jaga atas setiap gambar dan status yang dikongsi untuk menjaga sensitiviti semua pihak.

“Kadang kala saya tidak sedar tingkah laku dan gurauan saya kelebihan hingga langgar sensitiviti mana-mana pihak. Oleh itu, suami saya bersikap ‘protective’ dan jadi orang pertama yang kritik jika gambar itu kurang sesuai.

“Nasihat dan kritikan yang diberikan suami, saya ambil sebagai panduan demi perkembangan kerjaya. Dia juga menyarankan kepada saya untuk mengubah cara mengacara dengan mengurangkan sikap kebudak-budakan bersesuaian dengan kematangan usia,” jelas penyanyi itu kepada akhbar tersebut.

Selain itu, selebriti ini juga pernah dituduh terlalu obses terhadap pasangannya itu, namun dinafikan dakwaan itu dengan menyatakan ianya sekadar perkongsian moment indah bersama insan tersayang dengan peminat selepas mendirikan rumah tangga pada Januari lalu.

“Setakat ini saya belum menerima sebarang komen atau cemuhan di laman sosial sehingga memerlukan saya menyekat mereka. Kebanyakannya memberi kata-kata positif dan mendoakan yang terbaik buat kami.

“Bukannya saya terlalu obses dengan suami tetapi sebelum ini perkongsian saya sekadar pandangan sisi saja. Saya tidak pernah memuat naik gambar suami sebelum berkahwin dan memilih untuk berkongsi kehidupan kami selepas sah bergelar suami isteri,” katanya lagi.


Perkembangan terbaru artis ini, dia sedang diat mempromosikan single terbarunya berjudul Sudah Ku Temui ditujukan khas buat suami tercinta.

Menariknya tentang lagu ini, ianya hasil ciptaan Marsha sepenuhnya. -Kedahnews.com