Lionel Messi |
PARIS – Bintang bola sepak Argentina dan Barcelona, Lionel Messi kekal sebagai pemain bola sepak berpendapatan paling tinggi di dunia dengan pendapatan tahunan berjumlah 74 juta Euro.
Pendapatan Messi pada 2015 meningkat sebanyak RM40 juta berbanding pendapatannya sebelum ini, membolehkan pemenang lima kali Ballon d’Or itu mengatasi Cristiano Ronaldo (RM300 juta ) dan Neymar (RM193 juta).
Kedudukan mereka sebagai tiga permain teratas di dunia tidak berubah sejak tiga tahun lalu.
Anggaran itu berdasarkan pendapatan sebelum cukai, pendapatan menerusi tajaan dan pelbagai bonus.
Sementara itu, dalam kalangan jurulatih, Jose Mourinho masih kekal berpendapatan paling tinggi tahun lalu dengan RM107 juta walaupun dia dipecat oleh Chelsea Disember lalu. – Agensi