Mira Filzah Kongsi Gambar Terima Ijazah Di Majlis Konvo UiTM


Jutaan tahniah diucapkan kepada pelakon cantik, Mira Filzah kerana secara rasmi telah pun tamat sesi pengajian dan memegang segulung ijazah dalam bidang Perniagaan Antarabangsa, baru-baru ini.

Di kesempatan itu, Mira yang menghadiri majlis konvokesyen di DATC, UiTM Shah Alam, Selangor turut memuat naik beberapa gambar detik-detik gembira ‘hari kejayaannya’ yang bakal dikenang untuk seumur hidupnya itu.


Menerusi akaun Instagramnya, Mira dilihat manis mengenakan persalinan kurung moden berwarna kuning hasil rekaan butik Leeyanarahman.

Kedua-dua ibu bapanya juga dilihat turut hadir meraikan hari paling bermakna buat Mira.

Mira Filzah semakin popular selepas membintangi drama Cinta Si Wedding Planner gandingan bersama aktor Adi Putra. –Kedahnews.com

 Mira Filzah GraduasiMira Filzah GraduasiMira Filzah Graduasi2-Gambar-Sekitar-Majlis-Graduasi-Mira-Filzah-jpeg-1