Mizz Nina |
Penyanyi, Mizz Nina menyatakan keazamannya untuk segera mendirikan solat fardu sebaik sahaja masuk waktu.
Menurut isteri penyanyi Noh Salleh ini, dia kini berusaha untuk memperbaiki dirinya agar segera menunaikan rukun Islam kedua itu sebaik sahaja azan habis dilaungkan.
Itu merupakan syarat yang diletakkan Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, ketika menjalani proses rakaman TV sebagai hos program baru berjudul "Into Taqwa with Mizz Nina".
“Sepanjang menjalani proses rakaman terbitan stesen TV AlHijrah, saya tidak mahu ia mengganggu tuntutan saya untuk menunaikan solat fardu tepat pada waktunya.
Mizz Nina bersama suami, Noh Salleh ketika di majlis pengenalan rancangan Into Taqwa With Mizz Nina. |
“Itulah keutamaan saya, InsyaAllah, saya akan lebih menyesuaikan diri,” ujarnya yang kini berusia 35 tahun dan sudah tidak lagi bergelar penyanyi selepas berhijrah beberapa tahun lalu.
Selain fokus mengacara program, Mizz Nina turut sibuk mengemudi perniagaan busana Muslimah miliknya, Medina yang kini semakin mendapat perhatian peminat-peminatnya. –Kedahnews.com