Memang kecoh dan menjadi bahan ketawa di laman sosial apabila hadiah berupa wang tunai yang diterima pemenang cilik program Junior Cycling Malaysia anjuran Kementerian Belia dan Sukan dikatakan terlalu kecil.
Netizen
di media sosial kini ‘sakan’ berkongsikan gambar-gambar yang memaparkan
jumlah hadiah yang diberikan kepada pemenang dalam program yang
diadakan bagi mencari atlet pelapis negara kita itu.
Program yang telah diadakan pada 9 April lalu itu menampilkan empat
kategori iaitu masing-masing lelaki bawah 15, 13, 11 dan 9 tahun.
Menerusi replika cek yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy
Jamaluddin, pemenang bagi kategori 15 tahun menerima medal dan wang
tunai RM50, naib juara RM40 manakala tempat ketiga, RM30 berserta medal.
Juara kategori bawah 9 tahun dengan replika cek bernilai RM30. |
Naib juara kategori bawah 11 tahun. |
Sementara untuk kategori 13 tahun pula, juara menerima medal dan wang
tunai RM40, manakala tempat kedua RM30 dan tempat ketiga serta keempat
masing-masing mendapat RM20 berserta medal.
Bagi peserta di tempat kelima pula mereka hanya menerima hadiah sebuah botol air.
Reaksi netizen pula ternyata berbeza-beza di mana ada yang mengatakan
wang hadiah terlalu kecil dan tidak setimpal dengan usaha gigih yang
dilakukan peserta.
“Punyalah penat adik ini mengayuh basikal sampai kejang urat
kaki, RM30 saja dia dapat? Kata nak galakkan remaja dalam aktiviti
sukan, galakkan apa kalau seperti ini?” kata Eisqandar Raziemy.
“Ingat tak adegan Haji Bakhil cakap pada Labi semasa mereka
meminta derma? ‘Budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak,’ sebab
itulah,” seloroh Fairul Abu Bakar.
“Mockup Check tu lagi mahal dari hadiah yang budak-budak tu dapat, mesti balance dari RM100 juta tu kot,” tulis Hana Che Na.
Sementara Omar Rezza pula memberikan komen;
“Bagila RM200 ker… RM150… RM100, bukannya tak bersyukur, tapi event rasmi kot…janganlah nampak sangat tak ada duit,” tulisnya.
Sumber: mynewshub.cc