Kelly Knox |
JIKA sebelum ini seorang wanita bernama Karen Crespo berjaya mencuri tumpuan pada Minggu Fesyen New York kerana merupakan satu-satunya model yang tampil dengan kaki dan tangan palsu sewaktu acara gemilang itu.
Kini giliran model kelahiran London menerima impak yang sama. Dilahirkan tanpa lengan kiri, model Kelly Knox tidak pernah berasa dirinya terasing.
Keterbatasan itu tidak menghalang Kelly, 31; untuk mengejar impiannya menjadi seorang model.
“Saya tidak pernah anggap diri sebagai orang kurang upaya (OKU). Semasa membesar, kami tidak pernah guna perkataan cacat, ia sebahagian daripada saya sama seperti anggota badan yang lain,” jelas Kelly kepada portal People.com
Pada tahun 2008, model berasal dari London, terkejut apabila mendengar mengenai sebuah rancangan realiti di United Kingdom (UK) yang mencari sesiapa sahaja yang cantik dan kurang upaya untuk menjadi seperti Naomi Campbell atau Kate Moss.
Rancangan realiti pencarian model, British’s Missing Top Model adalah diterbitkan oleh British Broadcasting Corporation (BBC).
“Saya berasa tercabar kerana saya tidak pernah menganggap diri sebagai kurang upaya. Saya ingin buktikan bahawa orang kurang upaya juga cantik, fashionable dan mampu melakukan apa sahaja,” jelasnya lagi.
Kelly yakin dengan kebolehan dan keupayaan dirinya punca kejayaan yang dikecapi sekarang. Dia tidak berasa kekok untuk terjun dalam bidang peragaan meskipun hanya memiliki satu tangan.
Malah pernah dihina oleh model lain kerana dunia modeling tidak menerima insan OKU sepertinya sewaktu menyertai Minggu Fesyen New York (NYFW).
“Saya berasakan seolah-olah dunia tidak bersedia untuk menerima model OKU seperti saya.
“Tidak mungkin Minggu Fesyen New York akan menerima orang sepertinya tampil di pentas peragaan itu,” luahnya lagi.
Namun, kata-kata itu tidak halang Kelly untuk membuktikan sebaliknya malah dia pernah muncul pada acara London Fashion Week serta terlibat dengan pelbagai iklan berkaitan fesyen atau pun tidak. –Kedahnews.com
Kini giliran model kelahiran London menerima impak yang sama. Dilahirkan tanpa lengan kiri, model Kelly Knox tidak pernah berasa dirinya terasing.
Keterbatasan itu tidak menghalang Kelly, 31; untuk mengejar impiannya menjadi seorang model.
“Saya tidak pernah anggap diri sebagai orang kurang upaya (OKU). Semasa membesar, kami tidak pernah guna perkataan cacat, ia sebahagian daripada saya sama seperti anggota badan yang lain,” jelas Kelly kepada portal People.com
Karen Crespo |