KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengumumkan pengunduran awal Christoph Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan syarikat penerbangan nasional berkenaan.
MAB dalam satu kenyataan media di sini pada Selasa berkata Mueller akan menamatkan perkhidmatan pada 1 September 2016 iaitu setelah menyandang jawatan berkenaan secara rasmi pada 1 Mac 2015.
Bagaimanapun warga Jerman tersebut menyatakan hasrat kepada anggota lembaga pengarah syarikat kebangsaan milik negara tersebut untuk terus kekal sebagai Pengarah Bukan Eksekutif MAB selepas itu.
Lembaga pengarah sedia maklum mengenai rancangan Mueller untuk berundur lebih awal berikutan hal peribadi. Pada masa sama, pihak MAB sudah memulakan pencarian calon baharu bagi menggantikannya.
Mueller, 55; yang berpengalaman luas selama 25 tahun dalam industri penerbangan antarabangsa ditawarkan kontrak selama tiga tahun menerajui MAB bagi menggantikan Datuk Ahmad Jauhari Yahya sebelumnya.
Pada 6 April lalu, Mueller melakar sejarah apabila mengumumkan MAB mula merekodkan keuntungan pada Februari, yang merupakan keputusan positif pertamanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Beliau memaklumkan syarikat itu optimis untuk kembali mencatat keuntungan menjelang 2018, namun demikian, Mueller menyifatkan syarikat penerbangan tersebut masih lagi mempunyai banyak masalah.
Bagaimanapun, keuntungan bulanan dicatatkan itu adalah satu petanda bahawa MAB berada di landasan betul susulan pelan pemulihan dilaksanakan oleh Khazanah Nasional Berhad, sayap pelaburan kerajaan Malaysia.
Mueller berkata antara masalah utama syarikat itu adalah kos operasi yang tinggi dan sistem teknologi maklumat yang lama serta menegaskan: “Sasaran kita adalah untuk mendapatkan balik pulangan modal pada 2018.
“Bagi syarikat yang rugi RM2 bilion pada tahun lepas, jika kami mampu bawa pulangan modal walaupun untuk satu bulan sahaja, ia bermakna jurang kewangan antara pendapatan dan kos telah pun dikurangkan ketara.
“Itu adalah berita baik yang memberitahu bahawa kita berada di trajektori betul, ” katanya sambil menambah, MAB kini memberi tumpuan kepada benua Asia, pasaran paling kuat untuk perjalanan udara antarabangsa.
Tahun 2014 menyaksikan prestasi MAB merosot teruk susulan bencana berganda, kehilangan secara misteri pesawat MH370 dan insiden MH17 ditembak jatuh, mencalar reputasi syarikat yang berusia 78 tahun itu.
Mueller dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif bagi melaksanakan pelan pembaharuan bernilai RM8 bilion yang menyaksikan penubuhan sebuah syarikat penerbangan baharu selain pemberhentian 6,000 kakitangannya. – Agensi