Di dalam Islam, kebersihan itu adalah merupakan sebahagian dari petanda seseorang muslim itu beriman kepada Allah SWT.
Di India pula, kebersihan merupakan satu masalah yang besar di sana. Data menunjukkan kira-kira 60 peratus daripada 1.2 bilion penduduk India masih mengamalkan tabiat membuang air di tempat terbuka.
Hal itu terjadi kerana kebanyakan penduduknya tidak mempunyai tandas dan tangki septik di rumah sendiri. Data yang dikeluarkan itu adalah lebih tinggi berbanding statistik yang dikeluarkan pada tahun 1970.
Jauh di pedalaman pinggir bandar raya New Delhi, terdapat sebuah bangunan konkrit rendah berupa bangunan kecil dengan satu bilik yang panjang.
Bangunan itu dikenali sebagai Sulabh International Museum of Toilets menjadi muzium tandas pertama yang ada di dunia. Kewujudan muzium itu adalah untuk mendidik dan menggalakkan tabiat menjaga kebersihan.
Selain memberikan kesedaran kepada masyarakat umum, organisasi itu juga berperanan menyediakan kemudahan tandas awam di seluruh India termasuk di kawasan tumpuan pelancong.
.
Pada awal pengenalan idea ini oleh Doktor Bindeshwar Pathak, aktivis kemanusiaan dan sosial, sewaktu melancarkan tandas berbayar di perkampungan Patna, Bihar.
Walaupun mendapat kritikan dan ejekan, usaha yang dilakukan ternayata membuahkan hasil apabila lebih 15 juta orang di negara itu menggunakan kemudahan tandas awam yang dibina oleh Sulabh International.
Terdapat pelbagai replika dan bentuk tandas di pamerkan di dalam bangunan itu dari zaman kuno sehinggalah era moden serta contoh-contoh lawak jenaka dan sejarah yang berkaitan dengan tandas boleh didapati di muzium itu.
Beberapa orang petugas sedia memberikan khidmat kepada pengunjung yang hadir melawat muzium tersebut.
Muzium Tandas Antarabangsa Sulabh telah dibuka kepada umum pada tahun 1992 dan sejak itu telah menerima kira-kira 100,000 pengunjung. -Kedahnews.com
.
.