Nak Jala Ikan, Tapi Jumpa Tengkorak Di Sungai Muar, Kuala Pilah


SEREMBAN – Satu tengkorak manusia ditemui oleh seorang lelaki yang sedang menjala ikan di Sungai Muar di Kampung Getam, Kuala Pilah.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Luqman Abd Rahman berkata tengkorak itu ditemui kira-kira pukul 10.30 pagi jumaat.

“Bagaimanapun tiada bahagian anggota badan lain ditemui bersama tengkorak itu.

"Pemeriksaan bersama bomba di kawasan seluas 50 meter turut tidak menemui bahagian anggota badan lain. Tengkorak itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk dianalisis bagi mengesan identiti,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran untuk pengesahan,” katanya.- BERNAMA