"Nasi Lemak Cicak": Air Asia Kesal Tindakan Awal Penumpang


Syarikat Penerbangan Tambang Murah terkenal, Air Asia kesal dengan tindakan penumpang pesawatnya yang tidak memaklum dan menyerahkan nasi lemak yang dikatakan mengandungi bangkai cicak kepada pihaknya.

Jelas Air Asia, sekiranya makanan itu diserahkan kepada mereka ketika itu, kemungkinan pihaknya mampu mencari punca sebenar bagaimana bangkai cicak berkenaan boleh berada di nasi lemak berkenaan.

"We regret the guest did not hand over the item immediately which would have enabled us to quickly establish the cause or the source of the alleged contamination," kata Ketua Jabatan Komunikasi Air Asia dan Air Asia X, Eugene Siew, menerusi emel yang dihantar pada media.

Terdahulu, seorang penumpang Air Asia,Abbas Waseem dalam kejadian pada 27 Mac mendakwa terdapat bangkai cicak di dalam nasi lemak yang dihidang padanya ketika menaiki pesawat AirAsia AK 5352 yang menuju ke Kuching, Sarawak.

Difahamkan Abbas sebelum ini mendakwa dia telah memaklumkan "penemuan" itu kepada pramugara pesawat berkenaan.


Kru pesawat tersebut kemudiannya minta dia memberikan bekas nasi lemak itu untuk ditukarkan kepada makanan yang baharu namun dia enggan berbuat demikian dan telah membuat satu laporan polis mengenainya.

Air Asia dalam kenyataannya turut menegaskan syarikat itu mengambil serius tentang kejadian tersebut dan sedang melakukan siasatan terperinci berkenaan aduan yang dibuat.

"We nevertheless are treating the matter seriously and have started an investigation into this complaint to ascertain the facts and to rule out any foul play," jelas Eugene di dalam emel berkenaan.


Abbas sebelum ini mendakwa dia telah memaklumkan "penemuan" itu kepada pramugara pesawat berkenaan.

Kru pesawat tersebut kemudiannya minta dia memberikan bekas nasi lemak itu untuk ditukarkan kepada makanan yang baharu namun dia enggan berbuat demikian dan telah membuat satu laporan polis mengenainya.


Mengenai kerugian yang ditanggung Abbas, pihak Air Asia turut menyatakan kesediaan mereka untuk membiayai kos rawatan penumpang warga Pakistan itu dan masih menunggu laporan pemeriksaan kesihatan serta bil rawatannya.

"As to the allegation of food poisoning, we would assist the guest with his medical expenses and we are still awaiting the guest's medical reports and bills," katanya lagi.

Eugene dalam kenyataannya turut memaklumkan bahawa penyedia makanan bagi Air Asia adalah diiktiraf dengan pensijilan ISO 22000:2005 dari SGS United Kingdom, sijil HALAL dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sijil MeSTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Gred A, serta sijil Premis Bersih dari Majlis Daerah Kuala Selangor. 

Abbas dikatakan telah mengalami keracunan makanan selepas insiden terbabit dan terpaksa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lubok Antu. -Kedahnews.com