Nazif Najib Jawab Laporan Persepsi Panama Papers


ALOR SETAR -  Anak Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Mohd Najib tampil ke depan untuk menjawab isu yang mencetus spekulasi di seluruh dunia mengenai dakwaan sebuah media asing, Panama Papers, yang mendakwa kononnya mempunyai maklumat tentang akaun rahsia ramai tokoh dan pemimpin di seluruh dunia.

Mohd Nazifuddin yang lebih dikenali sebagai Nazif Najib menyentuh mengenai dakwaan media berkenaan yang padanya adalah satu bentuk serangan besar terhadap hak privasi individu dan syarikat di seluruh dunia.

Melalui perkongsian di Facebooknya, beliau juga mengatakan bahawa tidak semestinya jika nama seseorang itu tersenarai di Panama Papers maka individu berkenaan telah disabit dengan apa-apa kesalahan jenayah.

"Berdasarkan kenyataan ICIJ (Konsortium Antarabangsa Wartawan Siasatan), penglibatan saya dalam syarikat-syarikat tersebut tidak bermaksud saya telah melakukan kesalahan atau jenayah.

"Perkara ini telah diterangkan dengan jelas oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Nama-nama lain turut disebut di dalam isu ini, termasuklah Mirzan Mahathir (salah seorang anak mantan Perdana Menteri), bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Zainal Abidin serta Michael Chia. 

"Di samping itu, tokoh-tokoh antarabangsa seperti Lionel Messi, Jackie Chan dan bapa James Cameron juga disebut," tulis Nazif, cuba memperbetul tanggapan negatif pihak tertentu yang cepat membuat kesimpulan tanpa asas yang kukuh.

Berikut di bawah adalah kenyataan penuh Nazif di laman Facebooknya;  -Kedahnews.com


Saya ingin berkongsi respon saya terhadap soalan lazim yang telah timbul sejak berlaku kebocoran maklumat yang digelar ‘Panama Papers’ baru-baru ini. Diharap ia dapat memberi pencerahan kepada mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penglibatan saya. Terima kasih!

1. Bagaimanakah Dato' Mohd Nazifuddin bin Dato' Sri Mohd Najib dikaitkan dengan kebocoran maklumat baru-baru ini (yang dikenali sebagai 'Panama Papers') dan firma guaman Mossack Fonseca?

a. Saya memegang jawatan pengarah dalam dua syarikat yang berpangkalan di Kepulauan Virgin British (BVI) iaitu: Jay Marriot International dan PCJ International Venture Limited.

b. Kedua-dua syarikat tersebut ditubuhkan bersama firma guaman bertaraf antarabangsa Mossack Fonseca.

2. Apakah penglibatan Dato ' Nazif dalam syarikat-syarikat tersebut?

a. Pada waktu itu (tahun 2009), saya merupakan salah satu daripada 2 pengarah (Ch'ng Soon Sen adalah pengarah yang lain seperti yang diketahui) di Jay Marriot.

b. Bagi syarikat PCJ International pula, syarikat itu adalah ditubuhkan bersama dengan seorang pemaju Megat Daniff Shahriman Zaharudin.

3. Adakah Dato ' Nazif masih terlibat dan sejauh manakah penglibatan Dato' dalam syarikat-syarikat ini? Jika tidak lagi terlibat, mengapa nama Dato' masih diperlibatkan?

a. Saya tidak lagi terlibat dalam kedua-dua syarikat tersebut.

b. Untuk Jay Marriot: Saya telah memindahkan kesemua saham milikan saya kepada kakak Ch'ng dan meletak jawatan pada tahun 2011.

c. PCJ International: Syarikat ini telah ditutup setahun selepas pembentukan (2013) kerana tiada urusan dan transaksi perniagaan yang berlaku sejak penubuhan.

d. Telah menjadi satu kebiasaan di mana pihak-pihak tertentu akan mengambil kesempatan untuk membangkitkan isu ini seolah-olah saya telah melakukan satu kesalahan atau jenayah. Ia tidak menghairankan saya jika ada pihak yang akan mempolitikkan perkara tersebut dalam usaha untuk memburukkan nama saya.

4. Sepanjang penglibatan Dato ' Nazif dalam syarikat-syarikat tersebut, apakah urusan dan transaksi perniagaan yang telah dibuat?

- Tiada urusan perniagaan dan transakasi yang dibuat sepanjang penglibatan saya dalam tempoh masa tersebut.

5. Apakah pandangan Dato ' Nazif mengenai perkara ini?

a. Berdasarkan kenyataan ICIJ, penglibatan saya dalam syarikat-syarikat tersebut tidak bermaksud saya telah melakukan kesalahan atau jenaya. 

b. Perkara ini telah diterangkan dengan jelas oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Nama-nama lain turut disebut di dalam isu ini, termasuklah Mirzan Mahathir (salah seorang anak mantan Perdana Menteri), bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Zainal Abidin serta Michael Chia. Di samping itu, tokoh-tokoh antarabangsa seperti Lionel Messi, Jackie Chan dan bapa James Cameron juga disebut.

c. Namun begitu, kita harus faham yang tak semestinya jika nama seseorang itu disebut maka dia telah disabit dengan apa-apa kesalahan.

d. Secara peribadinya, saya merasakan kebocoran maklumat ini adalah satu bentuk serangan besar terhadap hak privasi individu dan syarikat.

Sumber dan pautan untuk maklumat dan bacaan lanjut:

1. https://panamapapers.icij.org/the_power_players/ 
https://www.icij.org/…/top-malaysian-politicians-use-offsho… 

2. http://www.thestar.com.my/…/panama-papers-does-not-automat…/ 

3. http://www.thestar.com.my/…/panama-lawyer-at-centre-of-dat…/

4. https://www.malaysiakini.com/news/336377

5. http://www.malaysia-chronicle.com/index.php…

I'd like to take this opportunity to share my responses to frequently asked questions regardint the recent data leak dubbed 'Panama Papers'. I'm hoping that the following would shed some light on the extent of my involvement. Thank you!

1. How was Dato' Mohd Nazifuddin bin Dato’ Sri Mohd Najib implicated in the recent data leak (dubbed Panama Papers) and the law-firm Mossack Fonseca?

a. I held Directorships in two companies based in the British Virgin Islands (BVI): Jay Marriot International and PCJ International Venture Limited.

b. These companies were incorporated by the international law firm Mossack Fonseca.

2. What was Dato’ Nazif's involvement in the said companies?

a. I was one of 2 directors (the other known as Ch'ng Soon Sen) in Jay Marriot back in 2009.

b. As for PCJ International, the company was setup in 2012 together with developer Megat Daniff Shahriman Zaharudin.

3. Is Dato’ Nazif still involved and to what extent? If not, why was Dato' Nazif implicated as such?

a. I am no longer involved in these two companies.

b. For Jay Marriot, I have transferred all my shares to Ch'ng's sister and resigned in 2011. As for PCJ International: The company was shut down a year after its formation (2013) as there were no business transactions.

c. It is common for certain parties to take advantage of the leaks as such that would imply wrong doings. It comes to no surprise that these groups would politicize the matter as part of the usual attempts to launch a smear campaign.

4. Were there any business transactions during the time of Dato’ Nazif’s involvement?

a. No business transactions we made during the time of which I was involved in both the said companies.

5. What is Dato’ Nazif’s opinion on this?

a. As stated, no wrongdoings have been implied by ICIJ. This is point was made clear by Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

b. Other names were also mentioned in the leak, including Mirzan Mahathir (one of our former Prime Minister’s son), former Minister of Federal Territories and Urban Well-Being Raja Nong Chik Zainal Abidin as well as Michael Chia. In addition, international figures such as Lionel Messi, Jackie Chan and James Cameron’s father were also mentioned.

c. This does not automatically implicate anybody in any crime.

d. On a personal note, this data leak has been a huge invasion of privacy, a basic human right.