Neelofa Kecewa Tudung Diciplak, Premis Naelofar "Palsu" Diserbu

Neelofa
APABILA sesuatu jenama mendapat sambutan hangat, pasti akan ada pihak mahu meniru dan kemudiannya menjualnya dengan harga yang jauh lebih murah.

Begitu jugalah yang menimpa kepada pengacara dan pelakon, Neelofa yang kecewa apabila jenama tudung ciptaannya, Naelofar diciplak.

Bagi membendung kegiatan tersebut, Neelofa memberitahu satu serbuan bersama pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).


Operasi itu telah dilakukan terhadap sebuah premis yang terletak di Gombak, Selangor yang dikesan menjual tudung ciplak jenamanya.

Hasil siasatan mendapati pemilik premis itu menjual tudung ciplak Naelofar pada harga bermula RM50.

“Ini bukan hanya soal rugi, tetapi soal usaha lelah saya. Semua isu berhubung tindakan menciplak Naelofar Hijab akan dijelaskan ada sidang media,” katanya.


Sebelum ini, Neelofa pernah memberi peringatan kepada peminatnya agar tidak mudah terpedaya dengan produk yang didakwa menggunakan nama dan fotonya tetapi dijual dengan harga murah kerana dikhuatiri palsu.

Difahamkan, Naelofar Hijab telah mewujudkan satu pasukan khas bagi mengenalpasti individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan foto selebriti itu untuk mengaut keuntungan. – Kedahnews.com