NETANYAHU (tengah) bergambar dengan anggota Kabinetnya di Bukit Golan. |
GAMLA, BUKIT GOLAN – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam mengisytiharkan bahawa Israel tidak akan menyerahkan Bukit Golan kepada Syria.
Kenyataan dilihat satu isyarat kepada Russia dan Amerika Syarikat (AS) supaya dataran tinggi strategik itu tidak dimasukkan ke dalam mana-mana perjanjian dengan Syria pada masa akan datang.
“Bukit Golan akan terus berada dalam genggaman Israel selama-lamanya,” kata Netanyahu kepada anggota Kabinet yang berkumpul buat pertama kali di Bukit Golan.
Bukit Golan ditawan Israel dari Syria dalam perang 1967 sebelum diisytiharkan sebagai wilayah rejim Zionis pada 1981 walaupun langkah itu tidak diiktiraf antarabangsa.
Netanyahu yang membuat kenyataan serupa pada kempen pilihan raya 2009 berkata, dia bercakap dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry dan memberitahu keselamatan Israel tidak boleh dikompromi dengan sebarang perjanjian untuk menamatkan perang saudara di Syria.
“Ini bermakna pada akhirnya nanti, askar Iran, pejuang Hezbollah dan militan Daish akan dihalau dari wilayah Syria,” tegasnya.
Iran dan sekutunya, pergerakan Hezbollah di Lubnan adalah musuh ketat Israel.
Teheran dan Hezbollah adalah penyokong kuat rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad dalam konflik dengan kumpulan penentang dan militan Daish. – Agensi