Nora Danish Dan Nedim |
Mengaku impikan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana, Nora Danish Dan Nedim memberitahu mereka tidak mahu berhabis wang untuk perkahwinan yang besar dan cukuplah hanya sekadar mengadakan majlis pernikahan sahaja.
Malah pasangan yang selalu dilihat bersama itu berpandangan bahawa kehidupan mereka selepas berkahwin nanti pastinya akan memerlukan lebih wang untuk dibelanjakan dari sudut jangka masa panjang.
"Daripada berhabis duit untuk berlanja perkahwinan dan hantaran, ada baikya jika kami menyimpan duit tersebut dan digunakan dalam jangka masa panjang.
"Selepas berkahwin nanti pasti banyak wang perlu dibelanjakan. Duit yang kami ada itu lebih baik dilaburkan," kata Nora.
Selain itu, Nora yang merancang untuk menimang cahaya mata dan menambah bilangan anak bersama Nedim nanti turut menjelaskan tentang perbelanjaan anak zaman sekarang yang dikatakan menelan belanja yang agak tinggi.
"Pastinya selepas mendirikan rumah tangga, saya dan Nedim mahu menimang cahaya mata.
"Membesarkan anak zaman sekarang memakan belanja yang agak tinggi. Wang yang kami ada juga boleh digunakan untuk memulakan perniagaan," katanya lagi.
Memetik kenyataan Nora dari media, dia turut menceritakan tentang kesungguhan Nedim untuk menjadikannya isteri pada tahun ini dan ia merupakan salah satu sebab dia tidak berfikir panjang mengenainya. -Kedahnews.com