Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perasmian Lebuhraya Pan Borneo Sabah di Kampung Andus semalam.- Foto BERNAMA |
PAPAR – Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan membantu merancakkan lagi agenda pembangunan negeri di bawah Agenda Hala Tuju Sabah dan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang sedang dilaksanakan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Katanya, projek itu bukan sekadar membina dan menaik taraf jalan raya kepada lebuhraya, malah menjadi platform memangkin kemajuan ekonomi negeri menerusi jaringan perhubungan darat yang efisien dan selamat serta memudahkan mobiliti rakyat negeri ini.
“Pan Borneo juga akan merangsang dan melonjakkan aktiviti perekonomian lain seperti memudahkan pemasaran hasil produk pertanian, menggalakkan pembangunan produk pelancongan, merangsangkan pembangunan daerah, meningkatkan nilai harga tanah rakyat dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
“Projek ini juga akan diserahkan kepada kontraktor dan perunding tempatan. Peluang keemasan untuk memajukan peniaga anak tempatan dari kontraktor besar Kelas A hingga pemegang Kelas F,” katanya berucap pada majlis pelancaran projek itu di Kampung Andus di sini semalam.
Projek mega itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis yang dihadiri kira-kira 20,000 rakyat Sabah, selain lebih 2,000 rakyat mengikutinya secara langsung menerusi persidangan video.
Projek lebuh raya tanpa tol dengan jajaran 1,236 kilometer bernilai RM12.86 bilion itu dijangka siap menjelang 2021 dan dilaksanakan menerusi tiga fasa dengan fasa pertama membabitkan pembinaan 706 kilometer lebuh raya.
Musa melahirkan penghargaan kepada kerajaan Pusat kerana merealisasikan harapan rakyat Sabah dan yakin projek Lebuhraya Pan Borneo itu bakal menjanjikan masa depan lebih baik untuk rakyat dan negeri ini.
“Selaku ketua kerajaan negeri, saya amat terharu dengan keikhlasan perdana menteri sungguhpun berhadapan dengan masalah ekonomi global dan harga minyak turun merudum, namun Pan Borneo tetap jadi (dilaksanakan),” katanya.
Musa berkata projek lebuh raya berkenaan adalah antara bukti komitmen kerajaan di bawah kepimpinan Najib terhadap Sabah, selain program seperti penyediaan bekalan elektrik dan air, pembinaan kira-kira 1,500 kilometer jalan raya luar bandar, pembinaan program perumahan rakyat miskin dan program 1Azam.
Disamping itu, kerajaan Pusat juga akan melaksanakan projek berimpak tinggi di Sabah merangkumi pembinaan Pusat Transformasi Bandar di Tawau dan Keningau serta sistem Bas Rapid Transit, katanya.
“Impaknya telah memanfaatkan jutaan rakyat di negeri ini. Ia bukan janji baharu tetapi komitmen yang telah dan dilaksanakan atas keprihatinan kerajaan Pusat memberikan peruntukan besar. Saya yakin, orang Sabah tidak akan lupa jasa dan budi,” katanya.
Beliau berkata pelaksanaan program pembangunan terbabit menangkis tohmahan pihak memperkotak-katikkan slogan ‘1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang menjadi teras agenda kepimpinan Najib termasuk mereka yang mempertikai kepimpinannya.
Sehubungan itu, Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah mengingatkan rakyat negeri ini agar tidak terikut-ikut dengan rentak sumbang pembangkang dan terperangkap dengan agenda sempit mereka.
“Jangan percaya spekulasi, jangan mendengar adu domba, jangan terperangkap dengan fitnah serta jangan lari daripada fokus serta landasan sebenar kerana mengelirukan rakyat adalah matlamat mereka (pembangkang).
“Marilah kita terus pertahankan kestabilan melalui BN kerana hanya dengan kestabilan, berupaya menggerakkan agenda pembangunan secara lebih berkesan.
“Kita sokong BN kerana rekod prestasi parti ini terbaik dan kita pertahankan perdana menteri kerana pencapaiannya yang cemerlang,” katanya. – BERNAMA