ALOR SETAR - PAS mendakwa masyarakat umum khususnya umat Islam menyifatkan Parti Amanah Negara (PAN) pimpinan bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu adalah merupakan "khadam" kepada DAP.
Justeru itu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa parti pimpinannya hanya menjangkakan PAN tidak akan memberi cabaran yang signifikan terhadapnya berbanding parti lain pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
"Kita tidak menganggap satu saingan yang sangat mencabar, khususnya apabila rakyat, khususnya orang Islam, kaum bumiputera menyedari bahawa Amanah (PAN) adalah merupakan 'khadam' DAP," tegas Abdul Hadi dalam satu sidang media di negeri berkenaan baru-baru ini.
Kenyataan tersebut dibuat setelah beliau ditanya soalan oleh pihak media berkenaan dakwaan PAN sebelum itu yang mengatakan parti itu menerima sambutan baik dan ramai yang menyertai mereka di Sarawak.
Presiden PAS itu juga yakin bahawa partinya akan berjaya mendapatkan undi yang lebih banyak berbanding PAN sekiranya berlaku pertindihan kerusi pada PRN Sarawak kali ke-11 ini.
"Ya, insyaAllah.. insyaAllah," jawab beliau ketika ditanya tentang keyakinan PAS tersebut.
Bagaimanapun, kenyataan Abdul Hadi itu dikecam hebat oleh para penyokong PAN yang menyifatkan Presiden PAS itu sebagai 'sombong' dan 'dibelenggu budaya rasis kepartian' terhadap DAP serta parti pimpinan Mat Sabu itu.
"Kenyataan sombong Hj Hadi yang kini di belenggu budaya rasis kepartian terhadap DAP dan Amanah. PRN Sarawak akan menentukan sejauh mana PAS akan diterima rakyat di sana.
"Jangan takbur dulu! Mungkin akan lahir kelahiran sulung dari Amanah tapi tidak buat Pas. Allah jua yang lebih mengetahui," tulis pengendali laman page Facebook "UAA Supporters" yang dipercayai penyokong tegar Ustaz Ahmad Awang yang mencabar Abdul Hadi pada pemilihan PAS yang lalu.
Video sidang akhbar berkenaan telah dikongsikan di laman Facebook Penduduk Alor Setar/Jitra oleh ahli kumpulan tersebut melalui akaun, Raja Nashrun, yang turut bersetuju mengatakan Abdul Hadi sebagai 'bongkak'.
"Satu knyataan bongkak selain terkenal dgn suka mberi gelaran buruk pd kwn yg prnah bsma2 bjuang demi parti...apa komen anda?," tulis Raja Nashrun pada perkongsian beliau itu. -Kedahnews.com