Pasukan Bersenjata JPJ "Ala UTK" Telah Ditubuhkan?


Pada 1 Januari lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaporkan menubuhkan sebuah Pasukan Tindakan Khas (PTK) bagi membanteras kegiatan sindiket tertentu yang agresif termasuk penyeludup kereta klon di negara ini.

Bagaimanapun, setahu kami, pihak JPJ pun setakat ini masih lagi belum mendedahkan kepada umum keadaan rupa wajah dan penampilan sebenar kelibat pasukan elit ala anggota komando tersebut kepada masyarakat.

Oleh itu, secara eksklusif kami kongsikan kepada pembaca setia gambar mengenai kewujudan pasukan khas ini kepada pembaca setia kami hasil kiriman daripada sumber yang boleh dipercayai.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad, pasukan khas ini disertai 25 anggota dilatih khusus pelbagai aspek antaranya, penggunaan senjata api, kemahiran pertahankan diri dan modus operandi sindiket.

Difahamkan, pasukan itu akan bergerak ke seluruh negara bagi mengesan dan bertindak pantas terhadap sebarang isu berkaitan sindiket kereta klon yang makin berleluasa kebelakangan ini.

Berdasarkan rekod semasa, negeri yang mencatatkan kes tertinggi melibatkan jenayah kereta klon ialah Kelantan, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan. –Kedahnews.com