Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR - Pasukan polis memberi keutamaan untuk menggunakan inisiatif berteknologi bagi memantau dan mencegah jenayah.
Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, alat kawalan jauh atau drone polis akan digunakan tidak lama bagi memantau keadaan sekeliling.
Dalam temu bual bersama The Star, Zulkifli berkata 'pesawat' pengawasan akan menjadi unit ketiga selepas Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) dalam usaha Polis Diraja Malaysia membanteras jenayah.
"Pada masa ini, kami hanya menempatkan unit URB dan MPV sahaja. Mereka berkesan tetapi drone akan menjadi mata kita di langit.
"Kita boleh memerhatikan di kawasan lebih besar dan pada masa sama mampu menjimatkan kos. Dengan adanya drone ini, pasukan MPV tidak semestinya akan membuat rondaan sepanjang masa.
"Mereka boleh memantau jenayah dari satu tempat ke tempat lain dan bertindak apabila melihat sesuatu kejadian," katanya.
Menurut Zulkifli, beberapa buah drone telah dibeli selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tahun lalu mengumumkan PDRM akan akan menggunakan aset baharu.
"Drone akan diuji dan diletakkan di bawah jagaan Pasukan Gerakan Udara (PGU).
"Ini kerana pegawai PGU merupakan juruterbang dan memiliki lesen untuk mengendalikannya.
"Di bawah Rancangan Malaysia ke-11, kami merancang untuk membeli drone yang lebih besar dan l tahan lama," katanya.
Tambah Zulkifli berkata, drone itu akan digunakan untuk pengawasan ketika sebarang perhimpunan atau majlis-majlis lain jika anggota polis sukar untuk tiba di kawasan tertentu bagi pencegahan jenayah.
"Mengikut kajian kami, sesetengah penjenayah tahu jadual rondaan yang dijalankan.
"Jika kita menggunakan alat kawalan jauh ini mereka tidak boleh jangka kerana liputannya lebih luas," tambahnya.
Jelas Zulkifli, drone ini akan dapat merakam kejadian jenayah sebelum MPV yang berhampiran atau URB tiba di tempat kejadian.
"Kami juga mungkin akan menggunakan drone ini sebagai inisiatif dan dianggap 'balai polis moden'," katanya.
Sumber: mStar