PERMAISURI – Penuntut perubatan, Siti Hajar Rasid, 19, yang dikecam di laman sosial kerana soalan provokasi buat Dr. Zakir Naik, minggu lalu, ditawarkan menjadi doktor pelatih di hospital pakar.
Tawaran itu dibuat Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman yang mengadakan pertemuan dengan penuntut itu bersama ibu bapanya, Rasid Ngah, 60, dan Atikah Ahmad, 53, di sini, semalam.
Ahmad Razif berkata, tawaran itu dibuat selepas melihat bakat kepimpinan yang ada pada Siti Hajar selain kekurangan doktor pakar di empat hospital pakar milik kerajaan negeri.
“Kerajaan negeri juga sanggup menanggung pengajian Siti Hajar untuk menyambung pelajaran di luar negara.
“Bagaimanapun, Siti Hajar harus membuktikan dia layak dengan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan,” katanya selepas mengadakan pertemuan itu.
Dalam pertemuan itu, Ahmad Razif turut memberi penjelasan berhubung beberapa perkara menimbulkan kekeliruan Siti Hajar antaranya berkenaan pinjaman pengajian yang konon tidak mengikut syariat Islam.
Sementara itu, Siti Hajar berkata, dia amat berpuas hati dengan penjelasan itu dan akan memikirkan tawaran yang diterima sebelum membuat keputusan.
Dia dikecam netizen apabila bertanyakan soalan kononnya pihak kerajaan tidak begitu membantu golongan pelajar perubatan sepertinya.
Penuntut tahun satu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuantan, itu mengemukakan soalan itu kepada Dr. Zakir Naik ketika sesi ceramah di Gong Badak, Kuala Nerus, minggu lalu.
Sumber: Harian Metro