Pelancong Maut Dibaham Buaya Ketika Snorkelling

Gambar Hiasan
SEORANG pelancong dari Rusia, Sergey Lykhvar, 37, ditemui mati dibaham buaya ketika sedang snorkelling di pantai yang terletak di barat Papua New Guinea, baru-baru ini.

Menurut saksi, terdapat seekor buaya air masin yang dikesan mengekori mangsa ketika dia sedang berenang namun nasib tidak menyebelahinya apabila disahkan maut sebaik pasukan keselamatan cuba menyelamatkannya.

“Kami percayai mangsa mati akibat dibaham buaya kerana beberapa anggota badan mangsa hilang selain kecederaan yang selari dengan tindakan haiwan pemangsa itu,” kata ketua penyelamat, Prasetyo Budiarto.

Mangsa, Sergey Lykhvar.
Memetik media antarabangsa, mangsa dilaporkan hilang tangan selain terdapat kesan gigitan di bahagian pinggangnya.

Buaya air masin kebiasaannya terdapat di kawasan pantai Indonesia dan Australia yang mana ia diketahui adalah spesis buaya yang sangat merbahaya dan semakin pupus populasinya. –Kedahnews.com