"Pemilik Butik Jangan Layan Pelanggan Macam Kambing, Lembu" - Wardina

Wardina Saffiyah Fadhullah Wilmot
Walaupun sudah berhijrah menetap di Australia, namun selebriti Wardina Saffiyah Fadhullah Wilmot tetap ambil tahu isu semasa yang berlaku di tanah airnya, Malaysia.

Justeru, Wardina tidak ketinggalan memberi pendapat tentang video viral hari ini, menunjukkan orang ramai sanggup beratur sambil bertolak-tolak lelaki perempuan demi mendapatkan koleksi terbaru tudung jenama terkenal.

Selepas menonton video tersebut Wardina memuat naik satu status yang menggambarkan perasaannya. Dia menulis;


Menurut Wardina apa yang lebih dikesalkannya ialah pemilik butik hanya tersenyum girang melihat gelagat pelanggan tanpa mengusulkan sebarang cadangan bagi mengatasi masalah berasak-asak di hadapan premisnya.

Ada betulnya kata Wardina, para peniaga perlulah mengetahui adab-adab melayan pelanggan dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata.


Untuk memudah dan melancarkan jualan khas yang dianjur, mungkin pihak butik boleh aplikasi cadangan yang diutarakan Wardina untuk mengelak kejadian sebegini berlaku lagi di masa hadapan. –Kedahnews.com