Md Nazri (kanan), Mohd Khozan kiri dan seorang lagi penduduk kampung menunjukkan jalan yang tidak berturap dan berlubang di kampung itu. |
BALING - Penduduk Kampung Charok Bendang, Tanjung Pari, di sini merayu agar jalan sepanjang tiga kilometer di kampung mereka yang rosak hampir empat tahun lalu diturap dan dibesarkan.
Penduduk, Md Nazri Hambali, 46, berkata, laluan berlubang dan sempit di situ mendatangkan pelbagai masalah kepada penduduk.
Menurutnya, jalan utama itu rosak teruk dan akan terputus setiap kali hujan lebat.
Md Nazri berkata, bagi menyelesaikan masalah itu, ada penduduk terpaksa mengeluarkan kos sendiri bagi menampung jalan berlubang dan rosak itu.
"Mereka terpaksa guna duit sendiri untuk simen jalan yang berlubang itu," katanya.
Hambali Manaf, 68, pula berkata, selain permukaan jalan yang berlubang, keadaan jalan sempit itu juga mendatangkan risiko kemalangan.
Menurutnya, beberapa kemalangan membabitkan kereta dan motosikal sudah berlaku di situ.
"Kenderaan sukar nak lalu di jalan itu bila berselisih di antara satu sama lain sebab sempit.
"Saya sendiri pernah terjatuh bila naik motor lalu di situ. Anak perempuan saya juga pernah tercedera kerana terlibat dalam kemalangan di situ," katanya.
Katanya, keadaan jalan yang dibiar tanpa jalan penyelesaian itu turut mendatangkan masalah lain terutama setiap kali kenduri.
"Bila kenduri, kereta-kereta tetamu terpaksa diletak di luar kampung dan perlu berjalan satu kilometer untuk ke majlis," katanya.
Mohd Razeki Manaf, 65, berkata, dia berharap jalan utama di kampung itu dapat diberi perhatian.
"Ini adalah jalan utama digunakan penduduk kampung. Saya harap masalah ini dapat diselesaikan segera," katanya.
Sumber: Sinar Harian