"Pengguna Tertipu Dengan Harga Yang Mahal" - Neelofa

Neelofa
SUSULAN isu penjualan tudung tiruan berjenama Naelofar Hijab milik pengacara terkenal Neelofa, kini pemilik tudung berjenama itu tampil memberikan penjelasan atas perkara yang berlaku.

Neelofa dilaporkan mengatakan perkara tersebut hanya merugikan pengguna yang terpedaya membeli tudung tiruan berkenaan.

Dia mendakwa tudung tiruan yang berada di pasaran tidak menjejaskan perniagaannya, tetapi ia lebih memberikan kesan kepada pembeli kerana memperoleh tudung yang tidak berkualiti dengan harga yang mahal.

“Tidak ada istilah kerugian sebab permintaan pengeluaran tudung meningkat dari semasa ke semasa. Pengeluaran raya tahun ini juga berbeza dari tahun lepas.

 “Mereka yang terkesan, dan ia memberikan kesan kepada pengguna yang membeli. Apa yang kami kesalkan, pengguna tertipu dengan harga yang mahal.


“Kami tidak menjual tudung dengan harga yang mahal. Harga kami memang berpatutan dan tidak melebihi RM100. Mereka yang menjual tudung tiruan ini kebanyakannya meletakkan harga yang sama atau beza tidak kurang RM10”

“Yang menjadi mangsa itu pembeli sebab pengeluaran kami tidak pernah putus setakat ini”

Satu serbuan juga telah dilakukan oleh pihak polis Selangor di Gombak dan Kajang pada 28 Mac lalu. Mereka berjaya merampas sebanyak 79 unit tudung palsu berjenama Naelofar Hijab. –Kedahnews.com