Peraduan Media Sosial Antara Universiti: Sudah Ada 200 Penyertaan

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR – Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) yakin angka penyertaan untuk Anugerah Video Belia 2016 akan melangkaui bilangan pada tahun lepas.

Pertandingan media sosial antara universiti itu yang dibuat untuk tahun kedua berturut-turut telah mendapat 541 penyertaan pada 2015, memberi peluang kepada golongan muda mengasah bakat mereka dalam menghasilkan video yang mempunyai nilai-nilai positif, kata Pengerusi Jawatankuasa Promosi Industri Ramzi Toubassy.

Setakat ini, LIAM telah menerima kira-kira 200 penyertaan, katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran anugerah itu di sini semalam.

Toubassy berkata angka itu akan mengatasi bilangan tahun lepas selepas dipacu oleh sesi pertemuan bilik darjah dan pameran bergerak yang lebih banyak di seluruh negara dalam tahun ini.

“Kami menjangkakan penyertaan akan meningkat dalam beberapa minggu akan datang memandangkan kami mempunyai 10 lagi sesi pertemuan bilik darjah dan lima pameran bergerak,” katanya.

Sehingga sekarang, LIAM, melalui platform khidmat masyarakatnya, Insurance Hayat Cares dan kerjasama dengan Komuniti Belia Malaysia telah menghabiskan lima

pameran bergerak dan enam sesi pertemuan dengan pelajar.

Peraduan ini terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18-25, mereka boleh menghantar papan cerita, skrip dan sinopsis melalui laman web peraduan www.youthvideoawards.com menjelang 5 Mei.

Objektif LIAM adalah untuk menggalakkan industri insurans hayat yang progresif bagi meningkatkan pemahaman awam dan kesedaran kepada insurans hayat. - BERNAMA