Perangai Saya Gila-Gila, Bukan Gedik - Mawar Rashid

Mawar Rashid
Sering digelar sebagai "gedik" oleh pengikut dan peminatnya di laman sosial, aktres Mawar Rashid mengaku dia akan berusaha mengurangkan tanggapan tersebut agar tidak menimbulkan rasa meluat sesetengah pihak terhadapnya.

“Kalau mereka kenali saya sebelum ceburi bidang seni, mereka tahu betapa gila-gilanya insan bernama Mawar Rashid. Saya bukan seorang yang gilakan perhatian, tetapi selesa jadi diri sendiri.

“Mungkin itu juga cara saya menghiburkan hati bersama rakan-rakan rapat dan adik-beradik," katanya.

Walau bagaimana pun kata Mawar, dia semakin berubah setelah menceburkan diri dalam industri seni tanahair, namun tetap disalah anggap.

“Sejak  saya bergelar public figure, saya telah mula mengurangkan perangai gila-gila itu agar tidak disalah anggap peminat sebagai seorang yang gedik.

“Apa-apa pun itu tidak bermakna saya hipokrit dengan cuba berlagak baik.

“Masih ada perangai gila-gila itu, tetapi tidak seperti dulu,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, dia juga mengakui bahawa kehidupan bergelar selebriti sememangnya membuatkan dirinya menjadi lebih kuat. – Kedahnews.com