Mohd Pirdaus Azizan (kiri) membantu isterinya yang sakit, Nor Faraniza Salehuddin ketika ditemui di rumah abang iparnya di Bukit Mertajam, P.Pinang. Turut kelihatan anak-anaknya yang masih kecil. |
BUKIT MERTAJAM – Bapa kepada tiga anak, Mohd Pirdaus Azizan, yang ditawarkan pekerjaan dan wang selepas ditangkap mencuri makanan berharga RM27 dari sebuah pasaraya di sini berkata dia terpaksa bertindak seperti itu selepas melihat anak lelakinya yang berusia empat tahun menangis kelaparan.
Kisah lelaki berusia 31 tahun ini menjadi perhatian apabila lebih daripada 10 agensi berita antarabangsa turut membuat laporan mengenainya.
Mengimbas kembali apa yang telah berlaku, dia berkata pada petang tanggal 9 Mac, dia dan anak-anaknya sedang berada di rumah dan seorang anaknya mula menangis kerana kelaparan.
“Kami berjalan-jalan dan lalu di pasaraya Tesco Alma. Oleh kerana saya tak cukup duit dan tidak mahu mengemis atau membebankan orang lain, saya hanya berjalan masuk ke dalam dan memasukkan beberapa makanan ke dalam beg saya.
“Apabila saya ditangkap oleh pengawal dan disoal siasat oleh pengurus kedai, saya mengaku kesalahan saya dan menunjukkan laporan perubatan isteri saya yang saya bawa bersama di dalam beg setiap hari.
“Pengurus itu telah menghubungi polis tetapi selepas memeriksa latar belakang saya, dia membatalkan laporan polis itu, sebaliknya menawarkan saya pekerjaan di pasaraya besar itu.
“Dia juga memberikan saya wang tunai,” kata Mohd Pirdaus dalam satu temu bual di sini sejak berlakunya kejadian itu.
Katanya, anak perempuannya yang berusia tujuh tahun masih belum ke sekolah dan pasangan itu mempunyai dua lagi anak lelaki berusia empat dan dua tahun.
“Sebelum ini kehidupan kami berjalan dengan baik. Walau bagaimanapun, semasa bekerja di kem PLKN, kerajaan mengumumkan penangguhan program dan saya telah hilang pekerjaan.
“Saya mendapat kerja sebagai tukang kimpal di sebuah kilang keluli dan dibayar RM30 sehari, tetapi pendapatan saya tidak stabil.
“Oleh kerana tidak mampu membayar sewa rumah yang tinggi, saya meninggalkan kerja saya di sana dan berpindah ke rumah flat kos rendah abang ipar saya di Taman Impian Indah.
“Dia tinggal di sana bersama isteri dan dua orang anaknya,” katanya.
Mohd Pirdaus berkata keutamaannya sekarang adalah untuk menghantar anak perempuannya ke sekolah dan akan mula bekerja di pasaraya besar itu apabila sudah bersedia.
Sumber: mStar