Polis Cari Wanita Saksi Utama Kes Dadah

Nurul Aishah Mohd Noor berusia 29 tahun
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang wanita berusia 37 tahun bagi menjadi saksi utama satu kes dadah yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.

PDRM dalam satu kenyataan media berkata, kes itu disiasat dan dibicarakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya(ADB) 1952.

“Saksi utama itu dikenali sebagai Nurul Aishah Mohd Noor berusia 29 tahun. Alamat terakhir di Taman Setapak, Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu semalam.

Kata PDRM, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu diminta menghubungi talian 03-21460706 atau 019-9319336 atau Pusat Kawalan Kuala Lumpur di talian 03-21460584/585.

Maklumat boleh juga disalurkan melalui Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada 32728 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran. –Kedahnews.com