Gambar Hiasan |
KOTA BHARU – PKR Kelantan menghantar 50 wakil daripada Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita bagi membantu meraih sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Pengarah Komunikasinya, Mohd Sukirman Mustafa berkata, PRN yang dijangka diadakan awal Mei depan selepas pembubaran Dun pada 11 April nanti adalah medan ujian kepada semua gabungan pembangkang.
Menurutnya, delegasi PKR Kelantan ditugaskan membantu di Dun Tupong dan Simunjan dalam Parlimen Kucing, di mana dua kerusi ini adalah paling berpotensi untuk mencipta kejutan kemenangan bagi menambah kerusi keadilan di Sarawak yang masa ini mempunyai tiga wakil.
“PRN Sarawak adalah penanda aras, adakah mendapat sokongan daripada rakyat Sarawak atau sebaliknya. Walaupun agak sukar untuk mencipta kemenangan tapi peluang dilihat agak cerah berdasarkan tinjauan yang dibuat.
“Isu tanah adat adalah faktor utama walaupun kerajaan Sarawak mengumumkan untuk memansuhkan cukai tanah adat, namun kita percaya rakyat tidak termakan dengan permainan BN,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persediaan PKR Kelantan di PRN Sarawak.
Sukirman yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat AMK turut berkata, beliau amat yakin gerak kerja yang berterusan pasti memberikan kelebihan buat keadilan untuk menawan hati rakyat Sarawak.
Sumber: Sinar Harian